Pemimpin UMNO kini dilihat semakin lantang bersuara membahaskan hujah di Dewan Rakyat. Namun begitu, boleh dikatakan terdapat segelintir pemimpin UMNO yang dilihat berhujah dengan menggunakan emosi dan menunjukkan sikap yang kurang profesional.
Contoh yang paling mudah untuk dilihat adalah Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dalam Dewan Rakyat baru-baru ini. Perkara ini boleh menyebabkan nilai budi pekerti yang terdapat dalam parti ini semakin lama semakin lenyap.

Boleh jadi masyarakat yang menghormati UMNO selama ini berubah angin dan menganggap parti ini sendiri sudah kehilangan nilai murni.
Sehubungan dengan itu, ada juga pemimpin UMNO yang mengkritik pembangkang secara semberono tanpa hujah yang rasional seterusnya mementingkan kaum Melayu sehingga membangkitkan salah satu isu yang sensitif di negara ini, iaitu isu perkauman.
Baru-baru ini, ada juga pemimpin UMNO yang mengaitkan kematian ADUN Balakong, Eddie Ng sebagai satu kehilangan pemimpin kontroversi.

Khairy tambil berani menegur pemimpin tersebut kerana tindakannya yang dilihat agak kurang wajar kerana hujah sebegitu tidak sepatutnya dibuat oleh pemimpin UMNO.
Penganalisis politik, Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed memuji keperibadian Khairy dan mengatakan bahawa kelantangan bukanlah sesuatu yang mesti dibuat dengan beremosi ataupun secara semberono.

Kelantangan yang akan dipandang dan menjadi kegemaran orang ramai adalah kelantangan yang dibuat berdasarkan hujah yang rasional dan juga emosi yang stabil.
Apa yang dilakukan oleh Khairy dilihat sangat bagus untuk dijadikan contoh kepada pemimpin UMNO yang lain, yang mana jika sesuatu hujah itu diutarakan dengan cara yang tidak sepatutnya, perkara tersebut haruslah ditegur agar ianya tidak akan diulangi semula pada masa hadapan.

UMNO juga perlulah menjadi sebuah parti politik yang boleh diterima dan disenangi oleh semua kaum di Malaysia. Boleh jadi, antara sebab utama UMNO sudah lagi tidak dipercayai oleh rakyat hari ini adalah kerana matlamatnya yang dilihat jauh tersasar seterusnya memusnahkan kepercayaan dalam diri rakyat.
Isu Melayu, isu liberalisme dan juga isu bahasa wajar dijadikan tumpuan bagi pemimpin UMNO, namun itu tidak bererti isu lain yang sama pentingnya langsung sama sekali tidak boleh dipertimbangkan.
UMNO mestilah pandai membaca pemikiran masyarakat pada hari ini agar hujah yang diutarakan dapat diterima oleh semua rakyat.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Tahukah anda?
Terdapat satu satu produk yang mampu menyelesaikan masalah kesihatan anda, iaitu MUSHTANIR. Mushtanir merupakan campuran makanan sunnah dan herba yang terpilih daripada Jamu Ratu Malaya. Mushtanir mampu membantu anda merawat penyakit kronik, penyakit biasa, masalah rumah tangga dan banyak lagi.
Berita baik buat anda, dengan setiap pembelian Mushtanir, anda akan mendapat senaskhah buku doa-doa sufi secara percuma, selagi stok masih ada. Tunggu apa lagi? Dapatkan Mushtanir sekarang! Untuk maklumat lanjut ataupun sebarang urusan pembelian, layari pautan di bawah:
Facebook : Stokis JRM Johor
Instagram : @jamuratumalaya_johor
WhatsApp :
https://www.wasap.my/60132002695
https://www.wasap.my/60132882695