Proton Edar Sdn Bhd menjangkakan harga kenderaan Proton akan meningkat sebanyak RM1,500 hingga RM3,000 dengan pengenalan semula sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan bermula pada September nanti.
Justeru, CEO syarikat berkenaan iaitu Abdul Rashid Musa sangat menggalakkan orang ramai supaya membeli kereta sekarang, sementara tempoh peralihan 0% GST kepada SST masih berjalan bagi menikmati penjimatan wang yang banyak.
“Pengiraan kenaikan harga (RM1,500-RM3,000) adalah berdasarkan kadar GST yang telah digunakan oleh kerajaan sebelum ini sejak 2015 bagi menggantikan SST. Pada ketika itu, harga kereta Proton turun sebanyak RM1,500–RM3,000,
“Jadi, apabila SST kembali digunakan, kami menjangkakan kadar kenaikan harga yang sama”, ujar beliau.
Bakal pembeli juga tidak perlu risau kerana stok kereta masih banyak dan cukup untuk menampung permintaan pembeli buat masa sekarang. Walaubagaimanapun, pembeli dinasihatkan agar tidak terlalu cerewet dengan pemilihan warna kereta sekiranya mahu mendapatkan kereta dengan segera.
Ayuh cepat-cepat beli sementara harga belum naik lagi.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.
Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :
03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels
017-8817150 : Puan Hajah Aziah
019-3010160 : Puan Aini
Facebook : Minhakim Travels