Siapa yang tidak tahu tentang tragedi yang melanda Highland Towers pada 11 Disember 1993 yang mana bangunan apartmen tersebut telah runtuh dan meragut lebih daripada 48 nyawa.

Tragedi yang berlaku sejak 25 tahun lalu menimbulkan pelbagai kesan terhadap rakyat Malaysia khususnya keluarga mangsa yang terkorban.

highland tower
Highland Towers telah runtuh pada tahun 1993

Tragedi runtuhnya apartmen ini telah menjadikan Highland Towers sebagai salah satu lokasi paling seram di Malaysia.

Bukan itu sahaja, ia juga menimbulkan ketakutan terhadap rakyat Malaysia dan banyak juga khabar angin mengenai makhluk halus yang dikatakan berlegar-legar di kawasan terbiar tersebut sehingga menarik perhatian pasukan paranormal.

highland tower
Highland Towers sering dikaitkan sebagai lokasi paling seram di Malaysia.

Baru-baru ini,  Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin mengesahkan bahawa Jawatankuasa Pembangunan Semula Jadi Highland Towers mengadakan perjumpaan sebanyak lima kali berturut-turut untuk membincangkan tentang isu tapak, keadaan, kekuatan, kelemahan serta impak tapak Highland Towers sekiranya tapak tersebut dibangunkan semula.

Istilah dibangunkan semula bukanlah merujuk dalam bentuk kediaman, tetapi dalam bentuk sebuah taman rekreasi yang ceria dan menyeronokkan.

highland tower
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin

Keruntuhan Highland Towers tersebut berkemungkinan besar adalah berpunca daripada ketidakstabilan tanah.

Beliau mengatakan bahawa punca utama tersebut bukanlah penghalang untuk membangunkan sebuah taman rekreasi yang akan menjadi lokasi kegemaran bagi seisi keluarga.

Rakyat Malaysia dikatakan sangat gemar dengan kawasan yang berkonsepkan taman dan santai, jadi mengapa tidak mereka memperoleh sebuah lagi taman rekreasi yang menarik selepas ini.

highland tower
Highland Tower mungkin bakal bertukar sebagai taman rekreasi . Gambar hiasan

Namun demikian, beliau mengulas lanjut bahawa perkara ini masih lagi berada dalam fasa perancangan.

Pada bulan Jun yang lalu, timbul ura-ura tentang rancangan untuk projek pembinaan projek perumahan untuk rakyat B40 di tapak kondominium Highland Towers. Namun begitu, perkara ini juga masih lagi dibincangkan dan diteliti dengan lebih mendalam.

Jika kita lihat, banyak lokasi seram ataupun kurang popular di serata dunia berubah menjadi suatu lokasi yang menyeronokkan seterusnya menjadi pilihan ramai setelah menjalani pembangunan semula.

highland tower
Banyak tempat seram di dalam mahupun luar negara yang bertukar menjadi kawasan pilihan pengunjung setelah mengalami pembangunan semula.

Kajian spesifik juga perlu dilakukan bagi memastikan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku pada masa akan datang.

Perancangan ini juga dikatakan sedikit sebanyak memberikan khabar gembira kepada semua rakyat Malaysia.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here