Baru-baru ni, kerajaan Pulau Pinang ada menganjurkan sebuah festival bagi meraikan bulan kemerdekaan iaitu Festival Georgetown. Antara salah satu acara yang diadakan adalah pameran fotografi “Stripes and Strokes” yang turut mempamerkan ikon LGBT.

Pameran tersebut ada mempamerkan orang-orang yang terlibat dan memperjuangkan hak bagi golongan LGBT di Malaysia. Tokoh yang dimaksudkan adalah Pang Khee Teik dan Nisha Ayub.

Kedua-dua tokoh ini seperti yang diketahui lantang memperjuangkan hak bagi LGBT ‘diterima’ oleh masyarakat. Walau bagaimana pun, pameran tersebut mendapat kecaman daripada pelbagai pihak termasuklah menteri sendiri.

Pulau Pinang
Gambar ikon LGBT, Pang Khee Teik yang dipamerkan dalam pameran fotografi, “Stripes and Strokes”. (Sumber gambar: Facebook)

Datuk Mujahid Yusof, menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan telah mengarahkan agar penganjur pameran tersebut menurunkan potret yang jelas memaparkan aktivis yang terlibat.

BACA JUGA :   ‘Play Centres’ Tempat Sesuai Untuk Ibu Bapa Luangkan Masa Bersama Anak-Anak

“Kerajaan PH tidak pernah mengiktiraf LGBT kerana ia bertentangan dengan dsar kerajaan…”

“Kenapa Tak Guna Ikon Lain?”

Datuk Mujahid Yusof mengarahkan kerajaan Pulau Pinang untuk menurunkan gambar aktiviti LGBT dalam sebuah pameran fotografi. (Sumber gambar: Berit Harian)

Beliau turut mempersoalkan subjek yang digunakan untuk pameran terbabit. Kenapa harus digunakan orang yang secara terang-terangan mempromosikan LGBT. Sedangkan banyak lagi ikon yang boleh diketengahkan.

“Kita sudah menghubungi penganjur dan meminta mereka menggunakan ikon lain yang tidak mempromosikan budaya LGBT.

“Adakah perlu ikon sedemikian? Jika benar mereka tidak mempromosikannya, mengapa tidak boleh tukar ikon lain?,”

Kerajaan Pulau Pinang Pun Tak Nak Mengalah…

EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga, Keterangkuman Gender dan Agama Selain Islam negeri, Chong Eng. (Sumber gambar: Harian Metro)

Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak menolak kemungkinan untuk membenarkan sebarang pameran yang bersubjekan LGBT selepas ini.

EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga, Keterangkuman Gender dan Agama Selain Islam negeri, Chong Eng pula mengatakan ia perlu menitikberatkan pelbagai kemungkinan dan sensitiviti.

BACA JUGA :   Manis-Manis Pedas Gani Pasembur, Sekali Terkena Mesti Terkenang Selalu

ADUN Padang Lalang tersebut telah mengeluarkan kenyataan seolah-olah merasionalkan pameran tersebut dan menyokong pergerakan tersebut walhal ia adalah bertentangan dengan dasar kerajaan kini.

LGBT tidak diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. (Sumber gambar: Mole.my)

Menurut beliau, ia bukan satu keperluan bagi kerajaan Pulau Pinang untuk menurunkan potret ikon LGBT tersebut.

Baginya, tidak perlu mendiskriminasikan mana-mana individu hanya kerana orientasi seks yang berbeza.

“Ini adalah perkara asas dalam hak asasi manusia. Ia tidak memberi kemudaratan kepada sesiapa dan saya rasa kita perlu hormati perbezaan ini,”

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here