Projek MRT3 merupakan projek di bawah kerajaan Barisan Nasional yang melibatkan penambahan laluan kepada jajaran MRT sedia ada kini yang akan meliputi kawasan daripada Kuala Lumpur hingga ke Putrajaya.

Walau bagaimana pun, projek tersebut dibatalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan setelah memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 dan mengambil alih pentadbiran sedia ada. Selain daripada MRT3, projek ECRL dan HSR turut dibatalkan.

Kerajaan
Penangguhan MRT3 adalah kerana hutang negara. (Sumber gambar: Isma Web)

Dalam kenyataan sebelum ini, projek ECRL mungkin akan disambung kembali selepas penelitian dibuat terhadap kos yang asal oleh Kementerian Kewangan. Kini, bukan sahaja ECRl yang ‘dihidupkan’ kembali, malah projek MRT3 juga akan “dikembalikan’ setelah dibatalkan.

Dulu dibatalkan, kini ditangguhkan untuk ‘kajian semula’?

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengeluar kenyataan bahawa projek MRT 3 bukanlah dihentikan dan dibatalkan, tetappi hanya ditangguhkan sementara.

BACA JUGA :   Najib Kini Seorang Penyanyi. Single MaluAperBosku Ke?
Menteri Pengangkutan , Anthony Loke. (sumber gambar: Free Malaysia Today)

Pengangguhan ini bagi memberi peluang kepada negara untuk menstabilkan hutang negara yang dikatakan tinggi pada masa sekarang. Tambahnya lagi, apabila kedudukan negara sudah pulih, projek berkepentingan ini akan dikaji semula.

Kenyataan ini merupakan balasan kepada soalan YB. Khairy Jamaluddin (Rembau-BN) yang meminta kerajaan Pakatan Harapan menjelaskan pembatalan projek rakyat seperti MRT3.

Kajian semula terhadap projek MRT3 adalah sangat perlu memandangkan kerajaan perlu untuk mendapat hasil yang optimum dengan pelaburan yang telah dibuat atas kos pembinaan memandangkan hutang negara masih lagi tinggi.

Projek MRT3 ini akan memanfaatkan jutaan penduduk Lembah Kelang dan Kuala Lumpur. (Sumber gambar: Bacalah Malaysia)

Menurutnya lagi, kos pembinaan yang sangat mahal kerana 80% daripada jajaran MRT3 merupakan laluan bawah tanah. Ini disebabkan laluan ini dibina di kawasan yang berkepadatan tinggi.

BACA JUGA :   Penang Makin "Padat", Caj Untuk Kenderaan Luar Akan Dikenakan.

Projek pengangkutan awam seperti ini adalah untuk mengurangkan kesesakan jalan raya dan mengurangkan jumlah kenderaan di atas jalan raya. Oleh itu, kerajaan akan beralih kepada mengukuhkan dan menambah baik perkhidmatan bas sedia ada.

Perkhidmatan KTM Komuter akan ditingkatkan. (Sumber gambar: free Malaysia Today)

Perkhidmatan KTM juga akan ditambah baik bagi memenuhi keperluan peengguna di sekitar Lembah Kelang dan Kuala Lumpur.

Projek MRT 3 ini akan dikaji daripada segi bajet yang akan memberi peluang kepada kerajaan untuk menilai kembali bajet sedia ada dan penambahbaikan perkhidmatan sedia ada menurut manifesto Pakatan Harapan untuk menambah baik perkhidmatan kenderaan awam.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here