Berjalan-jalan di dalam sebuah ladang yang luas serta dipenuhi dengan pokok buah-buahan yang merimbun serta berbuah lebat kalau kena dengan masanya. Sambil melayan bayu bukit yang menyegarkan, anda juga boleh merasai sendiri buah-buahan yang ada.

Macam seronok kan bunyinya? Bagi penggemar buah, ini adalah impian menjadi kenyataan. Tapi, ini bukanlah mimpi semata-mata. Anda boleh lakukan semua ni. Ya, tak jauh pun. Di Tropical Fruit Farm di Teluk Bahang, Pulau Pinang.

Ladang
Tropical Fruit Farm di Teluk Bahang, Pulau Pinang. (Sumber gambar: Just Go)

Dibangunkan atas tanah seluas 25 ekar, ladang buah-buahan ini mempunyai lebih kurang 300 spesies pokok buah-buahan tropika dan juga sub tropika yang berasal daripada pelbagai tempat seluruh dunia.

Sampai saja di pintu masuk Tropical Fruit Farm ini, anda akan dibawa ke kawasan ladang dengan menaiki van yang telah disediakan. Atau, untuk pengalaman yang lebih menarik, anda juga boleh cuba menaiki trak tuk-tuk.

Pengiring Lawatan Yang Bukan Biasa-biasa

En. Kim, antara pengiring lawatan yang mempunyai pengetahuan yang meluas mengenai pokok buah-buahan yang ditanam di Tropical Fruit Farm.

Jangan risau kalau anda takut nanti anda akan sesat di dalam dusun ini kerana nda akan diberikan seorang pengiring. Bukan pengiring yag biasa-biasa, tetapi yang sangat berpengetahuan dalam semua buah-buahan yang ada di sini.

Setiap pokok yang disinggahi, setiap butir mengenai pokok tersebut akan dijelaskan dengan mendalam, terasuklah asal buah tersebut, sepsis apa serta rasa buah tersebut. Kalau anda bertuah, anda juga boleh merasai buah yang ada.

BACA JUGA :   Ketahui Kebudayaan dan Kesenian Khas Riau

Buah Eksotik Dan “Rare”

Buah limau boi, kacukan antara buah limau nipis dan limau bali marupakan antara spesies buah yang ditanam di Tropical Fruit Farm.

Kat sini juga, bukan setakat pokok buah-buahan biasa yang kita sudah ketahui ada ditanam di situ, tetapi pokok buah yang kita tak pernah tahu ia wujud pun ada ditanam di situ. Buah-buahan rare yang tidak ditanam di Malaysia juga ada di sini.

Bunga pokok markisa gergasi.

Antara contoh seperti pokok markisa gergasi, buah ceri Terengganu, avocado, dan bermacam lagi jenis buah yang jarang kita temui; ada ditanam di sini. Benih bagi buah-buahan ini diperolehi oleh pemilik daripada seluruh dunia.

Enzim Buah-buahan

Selain daripada pokok buah-buahan yang tak terkira banyaknya, di sini juga ada satu tarikan yang tak boleh didapati di mana-mana tempat iaitu enzim buah-buahan. Enzim ini dihasilkan dengan cara memeram buah-buahan yang telah dipotong dengan gula perang.

Bukan setakat tengok pembuatan enzim, tapi anda juga boleh merasai sendiri enzim yang te;ah siap.

Menurut petugas di situ, enzim yang dihasilkan akan diperam untuk tempoh 6 bulan atau lebih. Hasilnya, satu sebatian yang mempunyai khasiat yang pelbagai untuk tubuh badan. Enzim ini juga ada dijual di sana bersama produk-produk lain.

BACA JUGA :   Belajar atau Melancong di Luar Negara

Bukan setakat merasai enzim yang dihasilkan, pengunjung yang datang juga akan diberikan tunjuk ajar tentang cara untuk menghasilkan enzim sendiri di rumah.

Bufet Buah-buahan.

Lawatan di Tropical fruit Farm ini akan diakhiri dengan hidangan bufet buah-buahan segar daripada ladang. Buah-buahan ini dipotong segar dan dihidangkan sejuk sebagai penyegar kepada pengunjung. Oh ya, bufet ini adalah free flow. Anda boleh makan sepuas-puasnya.

Anda boleh makan sepuas-puasnya buah yang dihidangkan. Bufet buah-buahan ini adalah free-flow!

Sebagai pelengkap hidangan bufet buah-buahan, segelas jus buah-buahan pilihan juga akan dihidangkan kepada pengunjung. Anda boleh pilih apa saja pilihan jus atau campurkan buah-buahan ikut kesukaan anda. (Maksimum campuran buah adalah 2)

Kepada penggemar buah, Tropical Fruit Farm adalah tempat wajib datang kalau anda berkunjung ke Pulau Pinang. Sambil menikmati bayu bukit yang nyaman, anda boleh menikmati kehijauan yang terpelihara di sini.

Sebarang maklumat lanjut mengenai pakej lawatan, lokasi, serta lokasi, anda boleh berkunjung ke laman web Tropical Fruit Farm. Lawatan ke sini akan melengkapkan percutian anda ke Pulau Pinang.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here