Awal minggu lalu, perkhidmatan bas Nadiputra tergendala selepas 23 orang pemandunya dipecat ketika di awal Semalam, bas RapidKL pula yang terlibat dengan sebuah kemalangan yang melibatkan banyak kenderaan lain.

Insiden yang melibatkan konsesi pengangkutan awam Malaysia, iait bas Rapid di bawah Prasarana. Ini bukanlah insiden pertama yang melibatkan bas Rapid tapi, ini adalah antara insiden paling teruk kerana turut melibatkan kenderaan lain.

Dikatakan gerai burger ini menjadi tempat permulaan kejadian rempuhan bas ini. (Sumber gambar: Berita Harian)

Dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 8:30 malam itu, sebuah bas laluan LRT Datuk Keramat ke Ampang Point telah melanggar beberapa kenderaan lain di sepanjang lebuh raya MRR2.

Sebelum itu, bas tersebut telah mengalami sebuah kemalangan kecil yang menyebabkan sebuah gerai burger rosak terjejas sedikit dan dikatakan ada juga melibatkan kecederaan kepada orang yang berada di sekitar gerai tersebut

Rentetan kemalangan kecil itu, sekumpulan lelaki yang dipercayai rakan-rakan pemilik kedai burger tersebut telah mengejar bas tersebut. Akibatnya, pemandu bas tersebut terus memecut laju basnya dan melepasi beberapa kesesakan.

Antara kereta yang dirempuh bas tersebut. (Sumber gambar: Berita Harian)

Pemanduan berbahaya pemandu bas tersebut telah menyebabkan beberapa buah kenderaan rosak akibat bergesel dengan bas tersebut. Ada juga kereta yang dilanggar oleh pemandu bas tersebut.

Bas terbabit akhirnya berhenti kerana tidak boleh meloloskan daripada satu kesesakan. Pemandu bas tersebut dikatakan cuba untuk melarikan diri daripada terus dikejar, namun tidak berjaya dan dikepung sebelum diserahkan kepada pihak polis.

BACA JUGA :   Kerajaan Nak Bagi Subsidi Bersasar Guna Kad Khas untuk B40

Dipukul sebelum diserahkan.

Driver Bas Rapid Main Gila

Bas ni rempuh kereta, kereta terbabas rempuh kedai burger. Seorang ibu pangku baby 2 bulan terpelanting. Di kejar dari keramat au2 sampai ampang nak masuk mrr2 dengan kaki ayam tak pakai baju. hampir 20 biji kereta dia rempuh.*dah macam GTA#Like page Deenamik untuk lebih banyak video-video viral dari dalam dan luar negara. Kredit : Azri Arip

Posted by Deenamik on Khamis, 16 Ogos 2018

Dalam satu video ada memaparkan keadaan pemandu bas tersebut yang berlumuran darah pada bahagian muka serta dikepung orang ramai. Ada kemungkinan besar pemandu bas tersebut telah dipukul dengan teruk sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa.

Tetapi, wajarkah pemandu tersebut dipukul dengan teruk atas kesalahan yang belum pasti sahih? Ini bukanlah kejadian pertama yang menyaksikan ‘public justice’ terhadap pesalah yang belum pasti betul salahnya.

Pemandu bas ditahan di wad kerana kecederaan kepala.

Pemandu bas yang dirawat di Hospital Ampang. (Sumber gambar: Facebook)

Pemandu bas yang diserahkan kepada pihak polis telah dihantar ke Hospital Ampang untuk dirawat. Pemandu tersebut dilaporkan mengalami beberapa kecederaan termasuk di bahagian kepala serta beberapa kecederaan patah tulang.

Mujur kejadian tersebut tidak melibatkan sebarang nyawa yang melayang kerana bukan sedikit jumlah kereta yang telah dilanggar. Yang melayang, hanyalah kerugian kerana kerosakan yang terjadi bukanlah kecil.

BACA JUGA :   Pemandu Vios Hitam ‘High’ Ganja
Sebanyak 7 buah kenderaan yang dilaporkan te;ah dilanggar dan dirempuh oleh sebuah bas RapidKL dalam kejadian malam semalam. (Sumber gambar: Berita Harian)

Pihak hospital juga melakukan ujian air kencing terhadap pemandu tersebut bagi memastikan dia tidak mengambil bahan terlarang semasa menjalankan tugas, Selain daripada pemandu, terdapat 3 orang lagi yang juga mengelami kecederaan

Tuntutan Ganti Rugi Oleh Prasarana

Kesemua kenderaan yang terjejas akibat insiden pelanggaran bas RapidKL semalam akan menerima pampasan berdasarkan kerosakan kenderan yang dialami oleh pemilik kenderaan.

Pegawai Operasi RapidKL, Shamsul Rizal Mohd Yusof dalam satu sidang media awal pagi tadi. (Sumber gambar: SayapHitam.com)

Ketua Pegawai Operasi RapidKL, Shamsul Rizal Mohd Yusof berkata demikian dalam satu sidang media di Depoh Bas Maluri. Sebanyak 7 buah kenderaan yang dikenal pasti telah dilanggar oleh bas tersebut.

Terdapat beberapa prosedur seperti laporan polis oleh pihak pemilik kenderaan bagi membolehkan pihaknya menjalankan tugas serta memudahkan tugas siasatan oleh pihak berkuasa dan juga pihak RapidKL

Pihak RapidKL akan memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak polis dan juga mana-mana pihak yang berkaitan bagi memastikan kejadian ini dapat diselesaikan dan juga tidak berulang di masa akan datang.

Buat masa sekarang, adalah lebih baik jika kita biarkan saja pihak bekuasa melakukan siasatan dan menunggu kenyataan daripada pihak yang berkaitan. Elakkan daripada mempercayai segala cerita di laman sosial kerana ia belum tentu betul.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here