MARA

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali menegaskan bahawa Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang kini berada di bawah kementeriannya akan melalui proses rombakan semula termasuklah perubahan dari sudut pengurusan, ahli-ahli lembaga pengarah dan juga portfolio bisnesnya.

Kenyataan tersebut dikemukakan oleh beliau bagi menjawab kontroversi bahawa MARA akan dibahagikan kepada beberapa kementerian. Persoalan itu ditimbulkan oleh beberapa ahli Parlimen dari blok pembangkang iaitu Datuk Dr Noraini Ahmad, Datuk Ahmad Maslan dan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

MARA
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali

Rombakan semula ini adalah bertujuan untuk memastikan objektif MARA dicapai sepenuhnya, iaitu bagi membantu  golongan Melayu dan Bumiputera dalam bidang pendidikan dan keusahawanan supaya mereka dapat bersaing dalam pelbagai sektor.

Justeru, beberapa perubahan perlu dilakukan termasuklah menggantikan individu-individu di pengurusan tertinggi badan itu dengan golongan profesional yang berintegriti dan mampu melaksanakan tugas dengan sebaiknya.

MARA
Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga menggariskan beberapa langkah bagi menyatukan agensi penting bagi memajukan taraf hidup Melayu dan bumiputera. Sebab itulah sebuah kementerian baru iaitu Kementerian Hal Ehwal Ekonomi diwujudkan yang bertanggungjawab merancang dan merangka dasar-dasar ekonomi jangka pendek dan jangka panjang.

Dalam pada itu, Azmin Ali juga memberi jaminan bahawa objektif MARA yang telah ditibuhkan sejak 1966 tidak akan sesekali diketepikan, malah akan semakin difokuskan di bawah kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.

Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :

03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels

017-8817150 : Puan Hajah Aziah

019-3010160 : Puan Aini

Facebook : Minhakim Travels

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here