Anda rasa anda sudah pusing habis di ibu negeri Selangor ini? Sekejap. Mohon semak semula senarai destinasi terbaik yang boleh anda dapati di sini.

#1. Perpustakaan Raja Tun Uda

Bagi anda yang ulat buku dan sukakan suasana yang tenang dan damai, maka ini adalah jawapan terdekat yang boleh memenuhi selera anda.

Selangor

Perpustakaan Tun Uda yang berkonsepkan perpustakaan dalam taman dilengkapi dengan kemudahan berteknologi tinggi.

Menariknya, disini anda bukan sekadar boleh membaca sahaja malahan anda boleh menonton filem dalam bentuk 3D dan 6D!

Bangunan yag berketinggian 6 tingkat ini mampu menampung pengunjung seramai 2500 orang dan mengandungi sebanyak 400 000 buah buku untuk dijadikan santapan minda.

Hebat bukan?

#2. Laman Seni 7

Selangor

Nak masuk muzium 3D mahal? Kena bayar? Dengan adanya laman seni 7 anda tidak perlu mengeluarkan sebarang perbelanjaan untuk masuk ke sini!

Terdapat 4 kategori yang berlainan untuk anda terokai iaitu:

  • Painting on Site
  • Street Furniture
  • 3D Painting
  • 3D Installation
BACA JUGA :   Lata Meraung, Pahang- Syurga Terpencil Buat Pencinta Alam

#3. Taman Botani Shah Alam, Bukit Cerakah

Siapa kata Malaysia tak ada iklim 4 musim? Bagi anda yang teringin untuk merasakan sendiri pengalaman yang cukup mengujakan tanpa merantau ke negara orang, anda bolehlah berkunjung ke Rumah Iklim Sederhana Empat Musim.

Selangor

Uniknya lokasi ini terletak pada flora yang ditanam mengikut musim tertentu dan keadaan disitu agak realistik apabila teknik efek yang sesuai digunakan.

Selain itu terdapat juga lokasi menarik yang lain seperti:

  • Zoo mini
  • Sawah padi
  • Taman kaktus
  • Taman buah-buahab tropika
  • Taman herba

Gemar aktiviti lasak? Anda boleh melakukan aktiviti seperti:

  • Berbasikal
  • Flying fox
  • Memancing
  • Paintball

#4. Litar Go Kart

Untuk anda gemar yang gemar berlumba atas jalan raya, kini anda bolehlah berhijrah dari jalan raya ke litar Go Kart.

Disini terdapat 15 selekoh yang ‘menggila’ untuk anda cuba tawan dengan segala kehebatan meandu serta bakat terpendam yang anda ada selama ini dari harga RM 43-RM85 dan bagi ahli pula RM 38-RM 75.

BACA JUGA :   Percutian Hujung Tahun Di Ladang Bunga Matahari Di Thailand

Selangor

Begitulah antara tempat-tempat untuk anda berlibur di hujung minggu ini. Akhir kata, selamat berhujung minggu!

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.

Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :

03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels

017-8817150 : Puan Hajah Aziah

019-3010160 : Puan Aini

Facebook : Minhakim Travels

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here