Mi segera sememangnya memberi kesan yang negatif terhadap tubuh badan manusia.

Namun begitu, rasa yang sedap, harga yang murah, dan mudah didapati adalah merupakan faktor utama mi segera sentiasa menjadi pilihan semua orang.

mi segera

Baru-baru ini, Institut Jantung Negara (IJN) mengeluarkan kenyataan bahawa mi segera merupakan salah satu makanan yang menjadi penyebab utama penyakit jantung di Malaysia. Faktor utamanya adalah berpunca daripada serbuk perasa mi tersebut.

mi segera

Untuk pengetahuan anda, serbuk perasa yang sedap itu mengandungi kadar Mono Sodium Glutamate (MSG) yang sangat tinggi.

Ianya mampu merangsang sistem saraf rasa dan otak yang menyebabkan anda berasa ketagih untuk mengambil makanan yang mengandungi MSG lagi.

Pernahkah anda merasa muak setelah makan mi segera? Rasa muak itu membuatkan anda tidak mahu lagi makan mi segera.

mi segera

Namun begitu, rasa muak tersebut hilang dalam masa yang singkat dan anda akan mula merasa ingin mengambil mi segera lagi sebagai hidangan makanan anda.

Itulah kesan yang boleh dilihat setelah apabila anda terlalu banyak mengambil makanan yang mengandungi MSG.

BACA JUGA :   Muzium Mi Cawan Di Jepun

Cuba bayangkan, itu baru kesan luaran, tapi kesan dalaman yang terjadi pada tubuh anda sebenarnya adalah lebih buruk.

Petua berguna bagi penggemar mi segera

Bagi sesiapa yang langsung tidak boleh berenggang dengan mi segera, cuba ubah cara memasaknya. BAGAIMANA?

#1. Merebus terlebih dahulu air rebusan mi segera anda, tos kan, dan masukkan semula mi segera tersebut ke dalam air didihan yang baru. (Rebus mi sebanyak dua kali)

mi segera

#2. Guna separuh sahaja bahan perasa mi segera anda. Biarkan mi anda berasa sedikit tawar. Hal ini kerana kadar bahan perasa yang dibekalkan untuk sepaket mi segera adalah terlalu banyak dan memberikan rasa masin terhadap rasa mi segera.

#3. Jangan menghirup sup mi segera anda sampai habis setiap kali selepas makan. (Serbuk perasa yang tidak hancur akan terkumpul di akhir sup tersebut)

#4. Bagi mi segera sup mahupun goreng, cuba masukkan unsur makanan lain seperti sayur-sayuran, perahan asam limau, telur rebus, tauhu dan sebagainya.

BACA JUGA :   Muzium Mi Cawan Di Jepun

mi segera

#5. Jangan ambil mi segera lebih daripada 2 kali seminggu. Sepaket mi segera mengambil masa antara 4 hingga 5 hari untuk dihadamkan oleh badan anda.

#6. Cuba cari mi segera yang diperbuat daripada 100% bahan semulajadi ataupun organik. (Agak sukar)

mi segera

Ingat ya, petua ini bukanlah untuk menggalakkan lagi anda mengambil mi segera, namun sedikit sebanyak dapat mengubah cara anda memasak dan pengambilan mi segera sebagai hidangan dalam kehidupan seharian.

Mencegah itu adalah lebih baik daripada mengubati. Muda-muda lagi, takkan lah dah dapat penyakit jantung, betul tak?

Walau bagaimanapun, lebih baik jika anda langsung berhenti mengambil mi segera untuk mengelakkan sebarang kesan yang buruk terhadap otak dan juga badan anda.

Semoga bermanfaat!

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here