Kalau dah datang ke Pulau Pinang, mestilah kena makan pasembur. Pusing-pusing di bandar Georgetown, akhirnya kami tiba di Medan Renong Padang Kota Lama atau lebih dikenali sebagai Esplanade Food Court.

Medan Renong

Disebabkan teringin nak rasa keenakkan sepinggan pasembur, puas juga kami mencari tempat kosong untuk memakirkan kereta, maklum sahajalah ramai orang awam yang berlibur pada hari Sabtu sebegini.

Masuk sahaja ke kawasan medan selera ini, ternganga kami dibuatnya. Pelbagai jenis kedai makan ada disini dan mata kami akhirnya tertancap pada sebuah kedai berwarna hijau dengan papan tanda “Gani Famous Pasembur”.

Medan Renong

Terdapat lebih daripada sepuluh jenis isi pasembur yang boleh didapati dari kedai ini dari jenis tauhu kering hinggalah udang dan ketam yang cukup ummph!

BACA JUGA :   Siti Nurbaya Si Gadis Minang

Kami mencuba sepinggan passembur yang mengandungi tauhu, kek ikan goreng, cucur udang, udang dan ketam goreng.

Pada mulanya ka  mi agak terkejut kerana kuah pasembur yang ada di depan mata kami berwarna merah kerana kebiasaannya di Kuala Lumpur rojak yang kami makan berwarna coklat keperangan.

Medan Renong

Sesuap pasembur menyebabkan deria rasa kami menjadi begitu ‘jinak’ disebabkan adunan rasa manis-manis pedas dan taburan kacang yang memberi rasa lemak-lemak yang padu.

Apa yang istimewanya? Keistimewaan pasembur ini terletak pada kuahnya. Kuah pasembur Gani memang terbaik kerana resepinya yang unik dan turun temurun.

Pemilik kedai ini menjelaskan bahawa perniagaan ini juga bersifat turun-temurun dimana dia telah pun berjinak-jinak membantu menguruskan perniagaan keluarganya sejak di bangku sekolah lagi.

BACA JUGA :   20 Sen Dianggap Murah, Caj Beg Plastik Mungkin Dinaikkan Kepada 50 Sen

Medan Renong

Bagi saya yang sedang menulis, rasa keenakan pasembur ini masih kemas melekat diingatan. Kerangupan tauhu gorengnya dan isi ketam dan udang yang segar cukup membuatkan saya terkenang-kenang akan rasanya yang enak.

Jika saya dan Team Deenamik berpeluang untuk ke Pulau Mutiara sekali lagi, sudah semestinya Gani Famous Pasembur akan menjadi pilihan utama kami.

Kami begitu berpuas hati dengan rasa makanan serta layanan mesra yang kami terima. Moga Bertemu lagi Pulau Pinang!

Team Deenamik beri lima bintang pada kedai Gani Famous Pasembur, anda bagaimana pula? Selamat mencuba!

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here