Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, menjelaskan bahawa Pakatan Harapan (PH) tidak perlu memohon maaf kepada rakyat walaupun gagal menunaikan 10 janji dalam 100 hari yang merupakan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Sedia maklum, 17 Ogos ini, genaplah 100 hari PH memerintah Malaysia dan sebanyak 10 janji yang terdapat dalam manifesto, hanya dua janji sahaja yang berjaya dikotakan.

janji
Kredit foto: www.bharian.com.my

TPM berpendapat bahawa untuk menunaikan 10 janji tersebut dalam masa 100 hari bukanlah sesuatu yang mudah. Antara dua janji yang berjaya ditunaikan oleh PH kepada rakyat adalah pemansuhan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan juga pemberian insentif kepada suri rumah melalui caruman Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri).

“PH tidak perlu meminta maaf kepada rakyat. Memang ianya tidak seperti yang kita harapkan, namun kita sudah mencuba sedia upaya”.

BACA JUGA :   Apa Sudah Jadi Pakatan Harapan? 'Curang' Ke Tidak?

janji

“Sekurang-kurangnya, di kementerian, saya sendiri telah buat i-Suri dan berjaya menjalankan serta mempromosikannya”.

Sebelum memegang tampuk pemerintahan (sebelum ini pembangkang), kami sememangnya mempunyai kekurangan dari segi pemilikan maklumat untuk menyelesaikan semua masalah.

Ingat ya, sekali lagi saya jelaskan. Saya bukannya memberikan alasan atas kegagalan kami dalam mengotakan janji, namun sehingga kini, kami telah pun berusaha sebaik mungkin meskipun sasaran tidak berjaya dicapai.

janji

PH telah diamanahkan oleh rakyat untuk mentadbir negara apabila memenangi PRU-14 dengan mengalahkan kerajaan yang terdahulu.

Antara 10 janji yang terdapat dalam manifesto PH adalah menghapuskan GST, menghapuskan hutang peneroka FELDA, menyamaratakan gaji minimum, menangguhkan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) dan banyak lagi.

Sehubungan dengan itu, TPM menegaskan bahawa PH akan tetap meneruskan langkah untuk mencapai sasaran walaupun ia mengambil tempoh masa yang tidak dapat diputuskan.

BACA JUGA :   Tukar Kerajaan Bukanlah Solusi Kepada Krisis Ekonomi Di Malaysia - Salleh Said Keruak

janji

Beliau juga berterima kasih kepada rakyat yang sentiasa menyokong PH dalam mentadbir negara apabila mengulas tinjauan Merdeka Centre yang mendapati bahawa 67% rakyat Malaysia berpuas hati dengan kerajaan pilihan mereka.

Ia juga meletakkan DS Dr Wan Azizah, yang merangkap TPM dan juga Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat mendahului senarai menteri yang diterima baik oleh rakyat Malaysia pada kadar 75%.

janji

TPM juga berharap agar rakyat yang menyokong PH tetap akan terus menyokong dan PH juga tidak akan mensia-siakan kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat.

janji

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here