Johor merupakan salah satu negeri di Malaysia yang menerima kunjungan pelancong tertinggi sama ada dari dalam mahupun luar negara.

Negeri yang dikelilingi oleh Laut China Selatan, Selat Johor dan Selat Melaka ini kaya dengan tarikan semula jadi yang cantik seperti pantai, pulau mahupun gunung-ganang.

Bagi anda yang gemar bercuti di tepi pantai dan minat dengan aktiviti mencabar seperti sukan air, anda digalakkan untuk berkunjung ke negeri Johor memandangkan negeri selatan Semenanjung Malaysia ini kaya dengan pulau dan pantai yang indah untuk diterokai.

#1. Pulau Sibu

johor

Pulau Sibu terdiri daripada deretan pulau, iaitu Pulai Sibu Besar, Pulau Sibu Tengah, Pulau Sibu Kukus dan Pulau Sibu Hujung . Ia sangat terkenal dengan keunikan hidupan laut yang menarik serta kaya dengan keindahan dan kepelbagaian terumbu karang.

Antara aktiviti yang boleh anda lakukan di Pulai Sibu ialah mandi laut, snorkeling, jungle treking, jet ski, island hopping, futsal pantai dan sebagainya. Airnya yang jernih dan berwarna hijau kebiruan pasti membuatkan anda tidak mahu pulang setelah berkunjung ke sini.

Pulau Sibu juga merupakan antara pulau yang memiliki banyak tempat penginapan di sekitarnya sehingga anda tidak perlu pening kepala lagi untuk mencari tempat penginapan ketika melancong ke sini.

#2. Pulau Rawa

johor

Meskipun pulau ini tergolong dalam antara pulau yang agak kecil di Johor, namun saiz tersebut tidak menghalangnya untuk menarik para pelancong.

Sebenarnya, saiznya yang agak kecil itu lagi memudahkan pengunjung untuk bersiar-siar mengelilingi pulau ini dalam tempoh masa yang singkat.

Di sekitar Pulau Rawa juga terdapat banyak bukit yang selamat untuk aktiviti hiking dan anda akan bepeluang melihat pemandangan yang indah dari puncak bukit tersebut.

BACA JUGA :   Muar Kini Diiktiraf Sebagai Bandar Pelancongan 'Terbersih' Di Asia Tenggara

#3. Pulau Kukup

johor

Sekiranya anda berkunjung ke Pulau Kukup, anda akan terpesona dengan perkampungan di atas air dan hutan paya bakau yang terbesar di dunia.

Untuk pengetahuan anda, kebanyakan rumah di pulau ini dibina secara rapat-rapat dengan menggunakan konsep tradisional, namun begitu, gaya modennya masih lagi dapat dilihat dari satu sudut yang lain.

Di sekitar pulau ini juga terdapat banyak tempat penginapan seperti resort dan hotel. Apa yang lebih menarik, anda juga boleh menyewa tempat penginapan berdekatan dengan rumah penduduk asal di situ.

Pulau ini juga pernah diisytiharkan sebagai tapak RAMSAR pada tahun 2003 kerana kaya kerana menempatkan pelbagai binatang liar dan juga binatang yang jarang ditemui.

#4. Pulau Hujong

johor

Pulau Hujong merupakan antara pulau terbesar di Johor. Pulau ini dikatakan tidak berpenghuni dan agak sunyi.

Namun begitu, suasana tersebut merupakan antara faktor penarik bagi para pengunjung untuk menikmati suasana yang tenang serta pantai yang indah dan juga bersih. Jadi, kalau rasa nak tenangkan minda, boleh lah berkunjung ke Pulau Hujong.

Tiada tempat penginapan yang disediakan di sekitar pulau ini menyebabkan kebanyakan pelancong hanya berkunjung dalam satu tempoh masa tanpa menginap di situ. Namun, sekiranya anda masih ingin menginap, anda disarankan untuk menginap di pulau yang berdekatan, contohnya seperti Pulau Rawa.

#5. Pulau Besar

johor

Pulau cantik di Johor ini mampu memberikan anda percutian yang sukar untuk dilupakan. Tempat penginapan di pulau ini juga sangat banyak dan anda juga boleh berkunjung ke sini dengan bajet yang sederhana.

BACA JUGA :   Kluster Tembok Choh Punca Kes COVID-19 Di Johor Paling Tinggi.

Pulau yang dikatakan tidak mempunyai penduduk yang ramai ini sangat aman dan tenang, sangat sesuai bagi anda yang sukakan kedamaian.

Air lautnya bukan sahaja cantik dan bersih, tetapi juga sangat jernih. Keindahan terumbu karang di sini juga pasti membuatkan penggemar aktiviti scuba diving dan juga snorkeling untuk datang ke sini.

Pulau Besar bukan sahaja sering menjadi tumpuan bagi kaki travel solo dan keluarga, tetapi juga menjadi tumpuan bagi pasangan yang baru berkahwin untuk menikmati bulan madu.

#6.  Pulau Tinggi

johor

Pulau ini terletak sejauh 32km dari jeti Mersing. Dikelilingi dengan hutan tebal dan bukit yang tinggi pasti memberikan anda ketenangan sebaik sahaja berkunjung ke sini.

Di sini juga terdapat perkampungan nelayan yang mana akan memberikan anda satu suntikan perkampungan yang penuh bersifat tradisional. Kebanyakan resort dan tempat penginapan di sini juga dikatakan amat menyelesakan pengunjung.

Pulau ini juga terkenal sebagai pusat hidupan marin, yang menempatkan aktiviti penetasan penyu dan juga penternakan kerang gergasi.

johor

Sekian sahaja dari Team Deenamik. Semoga informasi di atas sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk percutian yang menyeronokkan pada masa akan datang. Bagi pencinta laut, cepat senaraikan pulau-pulau di atas dalam wishlist anda!

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here