Mutiara Pantai Timur, mungkin gelaran yang paling sesuai untuk Pulau Perhentian. terkenal dengan keindahan taman laut yang mengelilinginya. Keindahan yang tesergam inilah yang menjadikan pulau ini antara taman laut yang terbaik di dunia.
Buat penggemar aktiviti menyelam, menerokai taman laut di Pulau Perhentian merupakan antara pengalaman yang terbaik memandangkan taman laut di sini telah diiktiraf antara yang terbaik dan terindah di dunia.
Sugar Wreck, Tokong Laut, dan Terumbu Laut, antara kawasan yang selalu dituju oleh penyelam profesional dan amatur tempatan dan antarabangsa untuk mengagumi keindahan taman laut yang dipelihara.
Tak nak menyelam tapi masih nak tengok keindahan taman laut? Tak perlu risau kerana anda ada pilihan untuk snorkeling saja. Turtle Bay, tempat yang menjadi tumpuan untuk berenang bersama penyu laut yang ada di sana.
Anda tak reti nak menyelam tapi nak memanfaatkan cuti anda di Pulau Perhentian? Banyak lagi aktiviti yang boleh anda lakukan untuk menghabiskan masa libur anda di sana. Tidak semestinya sepanjang masa anda perlu berada di dalam laut.
Kincir Angin Pulau Perhentian
Tahukah anda, di pulau ini juga merupakan antara lokasi yang mempunyai kincir angina di Malaysia? Terletak di atas sebuah bukit di D’Lagoon, kincir angin ini merupakan sebahagian daripada stesen janakuasa yang menjana elektrik bagi seluruh Pulau Perhentian Kecil.
Jernih air laut pulau yang jernih akan digandingkan dengan keindahan pantai yang mengelilingi pulau tersebut. Pantai di sekeliling Pulau Perhentian juga wajib dilawati bagi melengkapkan kunjungan ke pulau tersebut.
Pantai Panjang, Pantai Romantik, dan Pantai Teluk Pauh; merupakan antara pantai yang harus dikunjungi bagi melengkapkan sesi libur sekiranya ada kunjungan ke Pulau Perhentian.
Penginapan Terbaik di Arwana Resort.
Lepas baca segala keindahan yang ada kat Pulau Perhentian membuatkan anda rasa nak ke sana? Tetapi datang pula masalah yang paling menyerabutkan, nak duduk mana kat Pulau Perhentian tu?
Anda tak perlu fikir panjang dan terus serabut dengan masalah tersebut kerana di sini ada pelbagai hotel, chalet, dan juga resort yang menawarkan pelbagai jenis bilik dengan pelbagai kategori harga.
Masih lagi pening nak memilih? Mungkin juga Arwana Pulau Perhentian Resort boleh menamatkan masalah anda itu. Resort yang terletak di Pulau Perhentian Besar ini mempunyai kisahnya tersendiri yang menarik.
Di hadapan resort ini terdapat sebuah jeti yang dibina oleh ayah kepada pemilik kini Arwana Resort. Di pulau tersebut, hanya terdapat satu saja jeti dan semua bot yang singgah di Pulau Perhentian akan menurunkan penumpang di jeti tersebut.
Setiap persinggahan yang dibuat adalah tanpa bayaran, PERCUMA. Itulah yang dipesan oleh pemilik asal supaya jeti tersebut terus diwakafkan kepada semua warga dan pengunjung pulau tersebut.
Menurut pemilik terkini Arwana Resort, pesanan tersebut terus beliau kekalkan. Ini adalah salah satu bentuk amalan yang boleh membantunya satu hari nanti dan juga di akhirat kelak. Bukan sahaja manfaat kepada dirinya, bahkan juga untuk arwah ayahnya.
Pewakafan jeti oleh pemilik Arwana Resort ini membolehkan seluruh warga Pulau Perhentian Besar beroleh manfaat daripada jeti tersebut. Jeti tersebut akan kekal percuma selagi Arwana Resort masih wujud dan tersergam.
Harga Berpatutan dan Pakej Yang Pelbagai
Bagi yang bercdang hendak mengikuti aktiviti menyelam, Arwana Resort juga ada menawarkan pakej bilik beserta aktiviti menyelam pada satu harga. Lebih pilihan untuk penjimatan
Bermula daripada RM765.00 per orang, anda hanya perlu membayar sekali untuk semua. Pakej termasuklah sesi menyelam, sesi snorkeling, makan dan minum, serta bilik. Pakej mungkin akan berbeza harga mengikut jenis bilik dan bilangan orang yang ikut serta.
Nak snorkeling saja? Jangan risau, pakej untuk snorkeling beserta penginapan dn makan minum turut disediakan. Harganya? Bermula daripada RM645 per orang. Harga mungkin berbeza mengikut bilik yang dipilih dan musim ketika tempahan dibuat.
Pakej Bulan Madu
Kalau anda mencari tempat untuk berbulan madu bersama pasangan, Arwana Resort juga menawarkan pakej khas bulan madu yang sangat berpatutan dan berbaloi dengan harga yang ditawarkan.
Bermula daripada RM1570, anda boleh memilih lokasi bilik anda, beserta makan minum, makan malam romantik, dan juga bot pulang ke jeti Kuala Besut.
Arwana Resort turut menawarkan bilik penginapan sahaja dengan harga bermula RM160 per malam, pastinya akan melengkapkan perjalanan libur anda ke Pulau Perhentian, Mutiara Pantai Timur ini.
Bersih, Permai, dan Mudah
Disebabkan resort ini terletak betul-betul berhadapan dengan jeti utama, jadi anda sudah tidak perlu mencari kenderaan untuk ke hotel. Turun saja daripada bot, terus untuk check in.
Pengurusan hotel begitu menitikberatkan mengenai soal kebersihan. Anda boleh berjalan-jalan di sekeliling resort dan anda akan sangat jarang untuk menemui walau secebis sampah kecil.
Kebersihan yang dijaga juga telah menambahkan lagi permai yang telah sedia ada saat anda kali pertama menjejakkan kaki ke sini.
Liburan yang anda rancangkan akan dilengkapi dengan penginapan anda di Arwana Resort ini. Tidak mengecewakan, sangat berbaloi untuk setiap ringgit yang telah anda bayar.
Setelah sekian lama beroperasi di Pulau Perhentian, Arwana Resort akan menjalani pembaharuan semula. Pembaharuan ini dibuat bagi memastikan servis yang ditawarkan boleh ditingkatkan, demi kepuasan para pengunjung.
pembaharuan yang bagaimanakah yang akan dibuat oleh Arwana Resort? Mungkin anda boleh berkunjung ke laman Facebook Arwana Resort untuk mengetahui pembaharuan oleh Arwana Resort ini.
Sebarang maklumat lanjut mengenai resort ini bolehlah berkunjung ke laman web Arwana Perhentian Resort
Jika anda ingin menempah terus sebarang pakej atau pun bilik boleh menghubungi talian berikut:
09 7781888 (Resort)
09 7780888 (Pejabat urusan)
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.