Komputer riba merupakan antara gajet yang sangat penting pada masa kini, khususnya bagi pelajar, golongan bekerja dan sebagainya. Sesetengah urusan lebih mudah dilakukan menerusi komputer riba berbanding dengan gajet lain.

Setiap alatan teknologi memiliki jangka hayat yang agak lama selagi pemiliknya menjaga dan menggunakannya dengan baik. Namun begitu, besar kemungkinan sesetengah gejet menjadi mudah rosak disebabkan kecuaian kita sendiri.

Team Deenamik kali ini akan berkongsi beberapa punca dan sebab komputer riba anda mudah rosak disebabkan oleh sikap sambal lewa dalam diri.

#1. Cas komputer riba sepanjang hari

rosak

Perkara ini selalu dilakukan oleh kita tanpa kita sedari. Untuk pengetahuan anda, ini antara sebab utama mengapa bateri komputer riba anda cepat panas. Komputer riba menggunakan bateri jenis lithium-ion.

Apabila anda cas komputer riba dengan tempoh yang sangat lama, komponen yang mengawal komputer tersebut daripada terlebih cas tidak dapat berfungsi dengan baik lalu menyebabkannya mudah rosak.

#2. Letak komputer riba di atas tilam

rosak

Letak komputer riba di atas tilam ataupun selimut merupakan amalan yang menjadi kegemaran bagi semua orang khususnya anak muda. Amalan ini memberikan kesan yang negatif terhadap komputer riba anda.

BACA JUGA :   Intel i9 9ND Generation Berita Baik Untuk Kaki Game.

Kedudukan kipasnya yang terletak di belakang ataupun bawah menghalang kipas untuk berfungsi dengan baik dan menyebabkan komputer riba anda menjadi terlalu cepat panas.

#3. Membiarkan haiwan peliharaan duduk berhampiran dengan komputer riba

rosak

Jika anda mempunyai binatang peliharaan, khususnya yang berbulu, seperti kucing, pasti anda perasan bahawa kucing anda amat gemar untuk duduk berdekatan dengan komputer riba anda.

Hal ini demikian kerana mereka sangat gemar akan haba yang dikeluarkan oleh komputer riba anda.

Namun begitu, jarak yang terlalu dekat antara kucing dengan komputer riba boleh menyebabkan bulu mereka masuk ke dalam celah-celah lubang kipas komputer dan menghalangnya untuk berfungsi dengan baik.

#4. Letak minuman panas berhampiran komputer riba

rosak

Seharian menghadap komputer riba adalah sesuatu yang memenatkan dan membuatkan anda mengantuk. Apabila mengantuk, kita akan terdorong untuk membancuh teh ataupun kopi panas.

Wap minuman panas yang anda letakkan berhampiran dengan komputer riba boleh merosakkan komputer riba khususnya skrin komputer.

#5.  Letak komputer riba berhampiran dengan alatan elektronik lain

rosak

Ramai diantara kita yang gemar menggunakan komputer riba sambil menonton televisyen, memasak di dapur dan sebagainya. Alatan eloktronik seperti ketuhar dan jag pemanas air menggunakan kuasa elektrik yang amat tinggi.

BACA JUGA :   Cara Lajukan Laptop Yang Selalu Slow Dan Ganggu Kerja

Tanpa anda sedari, gangguan gelombang elektrik boleh berlaku dan memberikan kesan yang tidak baik terhadap komputer riba anda.

rosak

Komputer riba yang rosak disebabkan kecuaian si pemilik tidak akan mengubah apa-apa meskipun anda menggantikannya dengan yang baru kerana anda juga akan mengulangi kesilapan yang sama.

Untuk memastikan jangka hayat komputer riba anda tahan lama, cuba elakkan daripada melakukan perkara di atas. Semoga bermanfaat!

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.

Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :

03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels

017-8817150 : Puan Hajah Aziah

019-3010160 : Puan Aini

Facebook : Minhakim Travels

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here