Sebut sahaja Sabah pasti anda akan terbayang pantai serta pulau yang cantik bukan? Kali ini kita menjelajah pula ke kawasan hutan yang cukup terpelihara dari segi flora dan fauna yang ada di Sukau, Sabah.

sukau

Di Sukau, aktiviti yang paling terkenal ialah menyusuri pesisir Sungai Kinabatangan yang merupakan sungai kedua yang terpanjang di Malaysia.

Jika selama ini anda hanya mampu melihat haiwan liar di Zoo, di sini anda boleh lihat haiwan liar dari spesis terancam dengan lebih dekat di sekitar sungai ini.

Sungai Kiabatangan telah diisyhtiharkan secara rasmi sebagai kawasan santuari kepada hidupan liar pada tahun 2006.

sukau

Antara haiwan terancam yang boleh ditemui di sekitar kawasan ini ialah gajah, badak sumbu, buaya air masin, pelbagai spesis monyet dan burung.

BACA JUGA :   Spesis Orang Utan Borneo Semakin Terancam Dan Bakal Pupus ?

Selain daripada fauna, Sukau juga memberikan pengalaman yang cukup menakjubkan dengan tumbuhan-tumbuhan seperti pokok buah-buahan, bunga-bungaan.

Anda seorang yang berani? Cabar adrenalin anda dengan aktiviti menyusuri sungai pada waktu malam bagi menyaksikan sendiri buaya air masin dengan lebih dekat.

sukau

Dalam keadaan gelap, anda akan mendengar bunyi kocakan air dan paling mendebarkan apabila anda berdepan empat mata dengan sang buaya dengan bantuan pantulan cahaya.

Selain daripada buaya, anda juga boleh menyaksikan spesis monyet ‘hidung besar’ atau nama saintifiknya monyet proboscis yang dianggarkan hanya tinggal 1000 sahaja spesis yang tinggal.

sukau

Jangan lupa untuk bawa sekali binokular anda untuk menyaksikan burung-burung seperti Helang, Kenyalang, Udang Raja dan banyak lagi.

BACA JUGA :   Spesis Orang Utan Borneo Semakin Terancam Dan Bakal Pupus ?

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.

Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :

03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels

017-8817150 : Puan Hajah Aziah

019-3010160 : Puan Aini

Facebook : Minhakim Travels

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here