Kalau bercakap mengenai perkhidmatan rawatan kesihatan, tak ada mana-mana negara yang mampu menyaingi Malaysia. Sebab apa? Perkhidmatan yang ditawarkan di Malaysia adalah antara yang paling murah di dunia!

Dengan hanya RM1, rakyat Malaysia mampu menikmati khidmat rawatan yang berkualiti berserta ubat-ubatan dan konsultasi pegawai perubatan. Subsidi hampir 98% itu merupakan antara belanjawan yang paling besar dibelanjakan oleh negara setiap tahun.

RM1 untuk ubat dan konsultasi. Kadar rawatan di Malaysia adalah yang paling murah di dunia. (Sumber gambar: irayyan.com)

Dengan kadar ini, rakyat daripada golongan terutama golongan miskin dan kurang berkemampuan dari segi kewangan mampu menikmati rawatan kesihatan. Subsidi ini diberikan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira status.

Subsidi Bakal Dihapuskan?

Walau bagaimana pun, semua itu mungkin berakhir apabila kerajaan bakal memperkenalkan insurans kesihatan bagi semua golongan untuk menamung kos rawatan kesihatan di hospital di Malaysia.

Menteri Kesihatan, Dr. Dzukefly Ahmad. (Sumber gambar: Bernama)

Menurut Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad, skim insurans kesihatan sosial yang bakap diperkenalkan itu akan mensasarkan golongan B40 yang berpendapatan kurang RM5,000 sebulan.

BACA JUGA :   Kemasukan Ke Universiti Diiktiraf Oleh WHO,KPT, MQA, JPA, MMC, MDC & MVC

Pelaksanaan insurans kesihatan ini akan diperkenalkan dahulu kepada golongan B40 dan kemudiannya akan diperluaskan kepada golongan lain menjelang tahun depan.

Jadi, adakah langkah kerajaan dengan memperkenalkan skim insurans kesihatan sosial ini sebagai satu petunjuk bahawa subsidi rawatan kesihatan yang dinikmati rakyat lebih 40 tahun ini bakal dimansuhkan?

Sudah Dibincangkan Dengan Pihak Lain

Beliau menambah lagi, bagi memastikan skim ini boleh dilaksanakan, perbincangan lanjut sudah dibuat dengan pihak yang berkaitan seperti Kementerian Kewangan, Kementerian Kesihatan, dan Bank Negara Malaysia.

Skim insurans kesihatan sosial yang bakal diperkenalkan ini akan mensasarkan kepada golongan B40. (Sumber gambar: Utusan)

Ketika ini, pihaknya sedang membuat beberapa perincian lagi termasuklah mengenai sumber kewangan yang akan membiayai skim ini serta penyelarasan dengan beberapa pihak berkaitan.

Tiru Skim 1Care 1Malaysia?

Skim insurans ini tidk sama seperti skim yang ingin diperkenalkan oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini. Inisiatif ini akan mengubah secara total sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan selepas ini di Malaysia.

BACA JUGA :   Ambil Sijil Ijazah Sarjana Muda Di Universiti Poland Tawaran Daulah Educonsult.

Skim yang akan diperkenalkan ini bukan saja melibatkan rawatan asas saja, tetapi juga ia merupakan satu skim yang lengkap.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Tahukah Anda?

Terdapat satu satu produk yang mampu menyelesaikan masalah kesihatan anda, iaitu MUSHTANIR. Mushtanir merupakan campuran makanan sunnah dan herba yang terpilih daripada  Jamu Ratu Malaya. Mushtanir mampu membantu anda merawat penyakit kronik, penyakit biasa, masalah rumah tangga dan banyak lagi.

Berita baik buat anda, dengan setiap pembelian Mushtanir, anda akan mendapat senaskhah buku doa-doa sufi secara percuma, selagi stok masih ada. Tunggu apa lagi? Dapatkan Mushtanir sekarang! Untuk maklumat lanjut ataupun sebarang urusan pembelian, layari pautan di bawah:

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp :

 https://www.wasap.my/60132002695 

https://www.wasap.my/60132882695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here