Sesetengah wanita yang kaki travel tetap berpegang teguh dengan hobinya walaupun telah berumah tangga dan mempunyai cahaya mata.

Ada diantara mereka yang gemar meninggalkan anak untuk sementara waktu kepada pengasuh ataupun ibu bapa ketika ingin travel namun ada juga yang membuat keputusan untuk membawa anak mereka bersama.

Bukan mudah untuk membawa bayi ketika bercuti ataupun travel, namun terdapat beberapa tip menarik yang boleh membuatkan anda dan bayi bergembira sepanjang percutian.

#1. Baju yang sesuai

travel

Pastikan anda membawa baju yang sesuai untuk diri anda dan juga bayi bergantung kepada cuaca ataupun iklim destinasi percutian anda.

Seandainya anda bercuti ke tempat sejuk, pastikan anda membawa kelengkapan anak anda kerana mereka tidak akan selesa sekiranya cuaca terlalu sejuk.

Sekiranya bayi anda minum susu ibu sepenuhnya, bawalah pakaian yang breastfeeding friendly agar mudah untuk menyusukan anak.

#2. Beg minimum

travel

Cakap pasal beg, kalau boleh paling banyak anda hanya boleh membawa dua beg sahaja (luggage dan beg keperluan bayi).

Ini bukan masanya untuk anda membawa beg tangan yang berjenama kerana takut-takut ada beg yang tercicir nanti.

Sebaiknya, masukkan barang peribadi anda seperti beg dompet, kad pengenalan dan sebagainya ke dalam beg keperluan bayi kerana sudah semestinya beg itu akan dibawa walau kemana saja anda pergi.

BACA JUGA :   SAMBUNG PENGAJIAN DI RUSIA DENGAN MUDAH

#3. Baju dan beg plastik lebih

travel

Jangan sesekali bawa baju cukup-cukup sahaja ketika keluar travel. Besar kemungkinan anak anda muntah ataupun menumpahkan makanan, ada baju lebih untuk dipakai.

Pelbagai perkara yang tidak akan dijangka akan berlaku apabila anda membawa bayi keluar travel bersama-sama.

Selain itu, bawa beg plastik lebih untuk baju kotor ataupun lampin pakai buang anak anda.

#4. Stroller

travel

Untuk mengelakkan anda mendukung bayi sepanjang waktu travel, bawa stroller bersama-sama ya. Dengan stroller, anak anda dapat bersandar dan tidur dengan selesa.

Pada masa yang sama, anda juga tidak akan sakit pinggang kerana mendukung bayi dalam tempoh masa yang sangat panjang.

#5. Mainan bayi

travel

Untuk mainan, kalau boleh bawalah mainan baru dan mainan yang biasa anak anda main ketika di rumah.

Fungsi membawa mainan yang biasa mereka main di rumah adalah untuk memberikan mereka perasaan di dalam rumah meskipun ketika travel, manakala mainan baru itu pula berfungsi untuk menghilangkan rasa bosan dalam diri mereka.

BACA JUGA :   5 HOTEL COOL DI KUALA LUMPUR YANG WAJIB ANDA MASUKKAN DALAM LIST TRAVEL ANDA!

Berikan satu persatu mainan kepada anak anda, jangan bagi sekaligus.

#6. Makanan bayi  

travel

Jika bayi anda sudah mula boleh makan makanan pepejal, pastikan anda membawa nestum ataupun biskut kegemaran mereka. Ketika travel, badan bayi bukan sahaja akan penat tetapi mereka juga cepat lapar.

Untuk mengelakkan merka meragam ataupun tidak behave, sentiasalah bawa bekalan makanan bayi walau kemana sahaja anda pergi.

travel

Semoga tip di atas dapat menjadi panduan bagi anda yang travel sambil membawa bayi bersama.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Jom rebut peluang menunaikan umrah dengan harga ekonomi tetapi dapat layanan persis VIP, hanya melalui pakej umrah dari Minhakim Travels Sdn Bhd. Anda akan merasai pengalaman umrah yang cukup eksklusif dengan Hotel 5 star yang dekat dengan Masjidil Haram. Yang paling penting, harganya memang berpatutan dan mampu milik.

Untuk informasi lanjut, sila layari pautan di bawah :

03-83220555 : Pejabat Minhakim Travels

017-8817150 : Puan Hajah Aziah

019-3010160 : Puan Aini

Facebook : Minhakim Travels

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here