Kehilangan wang pembayaran balik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak RM18 billion masih lagi menimbulkan tanda tanya dalam kalangan ramai pihak.

Terkini, ada pihak yang mendakwa bahawa wang tersebut sebenarnya bukanlah hilang.

Tun Mahathir menegaskan bahawa, sekiranya wang tersebut tidak hilang, pihak berkenaan haruslah menunjukkan kepada kerajaan dimanakah lokasi wang berkenaan ketika ini.

rm18 billion
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng

Kehilangan RM18 billion yang didedahkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng baru-baru ini mendapat kritikan daripada pihak pembangkang, terutamanya kerajaan terdahulu.

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib turut mengkritik tentang kehilangan wang tersebut.

Jika tidak hilang, mudah saja. Tunjukkan kepada kami di mana wang sebanyak RM18 billion itu”, kata Tun M ketika ditemui oleh pihak media selepas tamatnya pameran seni ‘Tun M: A Legacy Forever, Serdang.

BACA JUGA :   Dr M Pulangkan Pingat Kebesaran Selangor Selepas Dikritik Sultan Sharafuddin?
rm18 billion
Pameran seni, Tun M: A Legacy Forever

Jumaat lalu, Najib mendakwa bahawa berkemungkinan besar pihak kerajaan (PH) sudah menggunakan wang dalam akaun Kumpulan Wang Disatukan bagi menampung perbelanjaan bulanan.

Beliau menambah bahawa, kerajaan PH kehilangan pendapatan selama 3 bulan apabila cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dikenakan pada kadar sifar dan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) belum lagi dilaksanakan.

rm18 billion
DS Najib sedia disoal siasat berkaitan dengan RM18 billion.

Bercakap soal ini, Tun M menegaskan bahawa kebanyakan dana kerajaan terpaksa digunakan untuk membayar hutang, yakni pinjaman yang telah diambil oleh kerajaan terdahulu.

rm18 billion
Tun M menegaskan bahawa rakyat tidak boleh mengharapkan bantuan kewangan secara percuma seperti sebelum ini.

Selama BN memerintah, rakyat diberikan banyak bantuan dari segi kewangan, dan kini, rakyat tidak lagi boleh mengharapkan kerajaan (PH) akan  memberikan rakyat wang seperti yang dilakukan oleh Najib kerana kami memang tidak mempunyai wang. – Tun M

BACA JUGA :   Ini Respon Sinis Tun Mahathir Terhadap Kenyataan Kontroversi TMJ

Semoga  isu RM18 billion ini dapat diselesaikan dengan secepatnya agar semua pihak dapat berhenti menuding jari diantara satu sama lain.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here