Siapa yang lahir pada tahun 70-an hingga 90-an pasti dah biasa dengan idea Wawasan 2020 yang dikemukakan oleh mantan Perdana Menteri ke-4 yang kini Perdana Menteri Malaysia ke-7, Tun Mahathir Mohamed.

Setelah 2 kali bertukar perdana menteri, beliau merasakan matlamat Wawasan 2020 ini semakin melencong daripada tujuan asal apabila gagasan lain mula diperkenalkan seperti Islam Hadhari oleh Tun Abdullah Badawi dan Gagasan 1Malaysia oleh DS Najib Razak.

Kepada sesiapa yang tidak mengetahui mengenai Wawasan 2020 ini, ia merupkan satu misi yang diperkenalkan oleh Tun Mahathir Mohamad pada tahun 1991. Wawasan 2020 ini menggariskan 9 cabaran yang perlu diatasi oleh negara dan rakyat Malaysia untuk mencapainya.

Wawasan 2020 merupakan hasil buah fikiran Tun Mahathir Mohamed. (Sumber gambar: J anifal)

Kini, setelah berjaya menawan pemerintahan daripada legasi Barisan Nasional dan UMNO yang menguasai pentadbiran negara lebih 60 tahun, Tun Mahathir kini cuba untuk memastikan landasan yang terbaik untuk mencapai ke arah matlamat Wawasan 2020 itu.

Sekarang ni dah tahun 2018, bermakna ada lagi 2 tahun bawa negara Malaysia ni untuk mencapai matlamat tersebut. Tetapi, mampukah Tun Mahathir membawa Malaysia untuk mencapai apa yang dibayangkan beliau lebih 25 tahun lepas?

BACA JUGA :   Rakyat Menjadi Penentu Kejayaan dalam Memerangi COVID-19

Tun Mahathir dalam Persidangan Nikkei berkata, aspirasi Wawasan 2020 masih boleh dicapai tetapi mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk dicapai. Beliau menambah, berkemungkinan pada tahun 2025 atau lebih awal.

Tun Mahathir dalam Persidangan Nikkei ketika lawatannya ke Jepun awal bulan ini. (Sumber gambar: The Star)

Itu pun jika semua warga Malaysia bekerjasama dengan baik bersama kerajaan kini bagi menjamin kemajuan negara adalah pada tahap optimum menjelang tahun yang dinyatakan.

Polisi “Tak Baik” Kerajaan Lepas Merencatkan Perkembangan Wawasan 2020.

Polisi-polisi yang tidak baik daripada kerajaan lepas juga meruakan antara faktor mengapa Wawasan 2020 itu sukar untuk dicapai meskipun ia merupakan hasil buah fikiran Tun Mahathir untuk meletakkan Malaysia di tempat tertinggi di peringkat global.

Dasar-dasar daripada kepimpinan dahulu telah merencatkan perkembangan buah fikiran Tun Mahathir ini dengan menyifatkan bahawa ia merupakan satu polisi yang “tak baik” untuk menjamin kemajuan negara pada masa akan datang.

Wawasan 2020 mungkin akan tercapai tetapi mengambil masa. Mungkin pada tahun 2025 atau lebih awal.” (sumber gambar: NST)

Meski pun sama aspirasinya dengan Wawasan 2020, idea DS Najib Razak iaitu Transformasi Nasional 2050 (TN50) berkemungkinan tidak akan diteruskan lagi dengan perubahan kepemimpinan dan situasi politik negara.

BACA JUGA :   5 Kelebihan Yang Dapat Dinikmati Apabila Bercuti Dalam Malaysia

Jadi, apa pendapat anda mengenai Wawasan 2025 ni? Jangan lupa untuk mengongsikan pendapat anda mengenai aspirasi ini.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Tahukah Anda?

Terdapat satu satu produk yang mampu menyelesaikan masalah kesihatan anda, iaitu MUSHTANIR. Mushtanir merupakan campuran makanan sunnah dan herba yang terpilih daripada  Jamu Ratu Malaya. Mushtanir mampu membantu anda merawat penyakit kronik, penyakit biasa, masalah rumah tangga dan banyak lagi.

Berita baik buat anda, dengan setiap pembelian Mushtanir, anda akan mendapat senaskhah buku doa-doa sufi secara percuma, selagi stok masih ada. Tunggu apa lagi? Dapatkan Mushtanir sekarang! Untuk maklumat lanjut ataupun sebarang urusan pembelian, layari pautan di bawah:

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp :

 https://www.wasap.my/60132002695 

https://www.wasap.my/60132882695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here