Kami ada idea untuk anda yang gemar untuk bercuti tetapi tidak mempunyai masa cuti kerana sibuk dengan kerja anda di pejabat! Bagaimana jika anda jadikan cuti hujung minggu anda sebagai ‘escape time’ anda untuk berehat sebentar?
Tidak perlu pergi jauh untuk bercuti kerana di Kuala Lumpur terdapat banyak tempat-tempat yang menarik untuk anda kunjungi serta tempat penginapan yang cool dengan pelbagai tema yang semestinya akan memuaskan hati anda, murah dan yang penting akan membuatkan gambar anda di Instagram kelihatan sangat cool!
#1. GOLD 3 BOUTIQUE HOTEL
Gold 3 Boutique Hotel ini terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur iaitu di Bukit Bintang. Hotel ini menggunakan kombinasi pelbagai elemen seperti kayu, emas dan kamera –kamera vintaj yang membuatkan hotel ini sangat cantik seperti berada di sebuah kedai kamera vintaj lama dengan dekorasinya yang pasti membuatkan gambar-gambar di Instagram anda sangat cantik!
Anda ingin pergi membeli-belah? Jangan risau kerana hotel ini terletak berdekatan dengan Pavilion Kuala Lumpur dimana anda boleh pergi hanya dengan berjalan kaki sahaja!
Alamat : Lot B5, Fahrenheit 88, 179, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Harga : Bermula daripada RM150-RM300
No Tel : +603-2110 3965
Link Website : https://gold3hotel.com/
#2. CHAOS HOTEL
Chaos Hotel berkonsepkan organik, trendy dan moden yang bersesuaian dengan lokasi terletaknya hotel ini iaitu di Bukit Bintang bandar yang moden dan trendy.
Menariknya hotel ini, mereka mengetengahkan konsep organik dimana dilengkapi dengan bahan semula jadi. Chaos menggabungkan tema industri dengan sentuhan kontemporari moden dimana ianya memberi sedikit kelainan pada sentuhan tema ‘design hotel.’
Apa yang lagi membuatkan hotel ini menarik ialah ianya juga menyediakan bilik ‘penthouse’ yang boleh memuatkan sehingga 28 orang dalam masa yang sama serta turut menyediakan Chaos apartmen yang lengkap dengan ruang tamu, dapur, tempat makan, 2 bilik tidur yang boleh memuatkan 6 orang.
Sangat berdekatan dengan segala kemudahan untuk anda yang ingin membeli-belah, hiburan dan tempat makan menarik sekitar Bukit Bintang dan Kuala Lumpur!
Alamat : LOT B-1 Fahrenheit 88 179, Jalan Bukit Bintang 55100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Harga : CHAOS HOTEL – RM130 hingga RM320
CHAOS PENTHOUSE – bermula RM116
CHAOS APARTEMNT – bergantung kepada harga di website
No TEL : +603 – 2148 6688
Link Websites : http://www.chaos-hotel.com/about-mainPage
#3. BAGASTA BOUTIQUE GUESTHOUSE
Jika anda rindu untuk pulang ke kampung tetapi tidak mempunyai masa, Bagasta sebuah hotel butik yang menawarkan pengalaman penginapan bertemakan seperti di kampung!
Rindu anda terhadap kampung halaman tentu akan berkurangan jika anda menginap di sini kerana ianya dikelilingi dengan satu-satunya kampung yang terletak di tengah ibu kota iaitu di Kampung Baru.
Hotel ini bagaimana masih mengekalkan konsep moden. Dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang anda perlukan dan jangan lupa untuk ke Kampung Baru, yang terkenal sebagai syurga makanan di Kuala Lumpur dengan hanya 5 minit berjalan kaki.
Alamat : 56, Jalan Raja Alang, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Harga : bermula dari RM115
No TEL : 03-2698 9988
#4. MAISON HOTEL
Hotel 4-bintang ini pasti membuatkan anda tersenyum bukan sahaja kerana dekorasinya yang cantik tetapi juga kerana harganya yang murah. Hotel ini menyediakan pengalaman yang takkan anda lupakan kerana di sini mereka menyediakan lebih dari 1 konsep bagi biliknya.
Keunikan yang menjadi kunci bagi Maison Hotel ini kerana mereka membawakan konsep yang menyeronokkan yang diinsipirasikan daripada tema budaya pop dan ikon. Jika anda tidak tahu, mereka turut menyediakan bilik bertemakan ‘fairy tale!’ yang sangat lain daripada lain.
Maison Hotel salah satu hotel yang anda tidak harus lepaskan peluang untuk dikunjungi!
ALAMAT : No. 36 & 36, Jalan Baba, Off Jalan Changkat Thambi Dollah, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia.
HARGA : bermula dari RM150-RM600
No Tel : +603-2145-2929
LINK WEBSITE : https://www.hotelmaison.com.my/
#5. VILLA SAMADHI
Jika anda mencari tempat penginapan yang memberi ketenangan untuk melupakan sebentar akan kesibukan di pejabat dan keletihan bekerja di ibu kota, Villa Samadhi ialah pilihan tepat buat anda!
Walapun ianya terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur tetapi anda tidak perlu risau akan bunyi bising di ibu kota yang akan menggangu ketenangan anda semasa bercuti kerana di Villa Samadhi ini amat mementingkan ketenangan dan privasi buat anda.
Anda perlukan lebih privasi? Jangan risau kerana Villa Samadhi ini turut menyediakan ‘private pool’ buat anda jadi anda tidak perlu keluar kemana-mana kerana semuanya ada di dalam bilik anda.
Percutian anda di Villa Samadhi pasti membuat anda berasa berada di tengah pulau tetapi sebenarnya anda bercuti di Kuala Lumpur sahaja!
ALAMAT : 8, Jalan Madge, Taman U Thant, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
HARGA : bermula dari RM1,000
No TEL : 03-2143 2300
LINK WEBSITE : https://www.villasamadhi.com.my/
Siapa kata kalau nak bercuti kena pergi jauh? Di Kuala Lumpur juga dapat memberi anda pelbagai pengalaman penginapan yang pasti anda takkan lupakan! Mari jadikan hari minggu anda sebagai escape time anda untuk bercuti bersama yang tersayang.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Minum air coklat dah boleh kurus?! Rasa lapar pun dah kurang?!
Ini bukan benda karut tapi realiti!
Chocolate Fiber Life keluaran Jamu Ratu Malaya merupakan minuman coklat yang boleh membantu anda untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga.
Satu produk pelbagai khasiat. Sudah ramai yang berpuas hati dengan produk ni. Dapatkannya melalui pautan ini:
Facebook : Stokis JRM Johor
Instagram : @jamuratumalaya_johor
WhatsApp :
https://www.wasap.my/60132002695
https://www.wasap.my/60132882695