Tidak dapat nafikan gaya hidup zaman sekarang sedikit sebanyak mempengaruhi kesihatan setiap individu. Tanpa pengetahuan yang penuh mengenai pyramid makanan boleh membawa kepada pelbagai jenis penyakit. Terdapat pelbagai cara dalam mengekalkan gaya hidup sihat.
Gaya hidup sihat bermaksud individu perlulah menjaga kesihatan dari segi fizikal dan mental. Pengambilan kuantiti garam perlulah dalam kadar yang yang sepatutnya. Menurut Joy Kalonas, garam semula jadi sudahpun terdapat dalam makanan. Maka pengambilan garam perlulah berkawal agar kuota pengambilan garam tidak terlebih.
Tubuh badan manusia mengandungi 75 % air dan 25 % pepejal. Kekurangan pengambilan air membuatkan badan berasa lemah. Menurut pakar gaya hidup sihat Kevin Zahri, air yang berlebihan juga akan menyebabkan fungsi organ perlu bekerja “lebih masa”. Oleh itu, minumlah air kosong pada kadar yang sepatutnya dan kurangkan pengambilan air manis.
Selain itu, lebihkan pengambilan buah-buahan dan kurangkan makan yang berminyak. Menurut Farihah Han, buah tembikai sebenarnya mampu mengurangkan risiko kanser prostat dan pisang mampu membekalkan sumber tenaga dengan segera. Jambu batu pula mampu menurukan kadar kolestrol dan tahap glukosa dalam darah.
Senaman juga sangat membantu individu terus kekal sihat. Melakukan senanam dua kali seminggu selama 20-30 minit sebenarnya sangat membantu individu dapat mengekalkan bentuk badan yang ideal. Fungsi peluh membuktikan bahawa badan kita bertindak balas dengan baik pada organ badan.
Terdapat pelbagai lagi kaedah agar individu kekal sihat. Konsisten sangat penting agar kita kekal sihat sehingga hari tua. Tidak dapat dinafikan gaya hidup yang tidak sihat menyebabkan kita mendapat pelbgai penyakit pada usia muda.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Minum air coklat dah boleh kurus?! Rasa lapar pun dah kurang?!
Ini bukan benda karut tapi realiti!
Chocolate Fiber Life keluaran Jamu Ratu Malaya merupakan minuman coklat yang boleh membantu anda untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga.
Satu produk pelbagai khasiat. Sudah ramai yang berpuas hati dengan produk ni. Dapatkannya melalui pautan ini:
Facebook : Stokis JRM Johor
Instagram : @jamuratumalaya_johor
WhatsApp :
https://www.wasap.my/60132002695
https://www.wasap.my/60132882695