Orang ramai terutamanya golongan remaja sekarang suka sangat mendengar muzik daripada peranti mudah alih melalui fon telinga (earphone). Katanya lebih feel kalau dengan dengan fon telinga ni.
Tapi tahukah anda, penggunaan fon telinga yang tidak terkawal adalah sangat tak sihat kepada kesihatan pendengaran? Berbanding menggunakan pembesar suara, muzik yang dimainkan melalui fon telinga akan terus telinga dan organ pendengaran.
Pendedahan terus ini akan menyebabkan risiko penyakit berkait pendengaran serta boleh merosakkan pendengaran. Anda tentu tak nak digelar pekak pada usia yang muda, kan? Sebab itu pentingnya untuk anda mengawal tabiat ini.
Disebabkan tabiat ni sukar untuk dibuang oleh semua, di sini akan dikongsikan panduan dan tips yang boleh digunakan oleh anda supaya anda boleh menggunakan fon telingan anda tanpa sebarang risau lagi.
#1. Hukum 60/60
Untuk memastikan penggunaan fon telinga anda tidak akan menjejaskan pendengaran anda, hukum 60/60 boleh digunakan. 60/60? Hukum apa tu?
Untuk memudahkan anda, hukum 60/60 ini bermakna anda mendengar hanya 60 % daripada volume maksimum peranti untuk selama 60 minit (sejam) sahaja.
Pendedahan kepada bunyi kuat yang berlebihan akan menyebabkan pendengaran terjejas. Jadi, apa yang penting adalah tahap kekuatan bunyi yang didengari dan tempoh masa bunyi itu didedahkan pada telinga.
#2. Jangan Sampai Orang Sebelah Dengar
Tujuan utama anda menggunakan fon telinga adalah untuk mengelakkan orang lin terganggu dengan muzik anda. Yalah, kadang-kadang, cita rasa muzik kita mungkin tak disukai oleh orang lain.
Tapi, bila anda dah pasang fon telinga pun orang sebelah masih boleh dengar muzik yang dimainkan, itu tandanya anda patut perlahankan volume muzik anda.
Klau dah sampai orang sebelah boleh dengar, itu tandanya anda memasang muzik anda dengan terlalu kuat menggunakan fon telinga.
Jika orang di sebelah anda pda jarak 3 kaki memanggil anda tetapi anda tidak mendengarinya, itu juga tanda anda memasang muzik terlalu kuat.
#3. Jangan Masukkan Dalam-dalam
Kebanyakan jenis fon telinga yang banyak dijual di pasaran adalah jenis ear bud. Jenis ini lebih digemari kerana ia boleh disumbat dan kekal di dalam telefon berbanding jenis over-the-ear yang hanya sekadar diletakkan pada telinga.
Tetapi, jenis ini adalah lebih berbahaya kepada telinga anda. Anda akan cenderung untuk menyumbat earbud tersebut lebih dalam ke dalam telinga. Earbud telah direka supaya ia masuk ke dalam telinga pada jarak yang selamat di dalam telinga.
Jadi, tak perlulah anda menyumbat sedalam-dalamnya fon telinga anda tu.
#4. Hati-hati Bila Menggunakan Earbud.
Fon telinga jenis earbud juga direka untuk menyingkirkan bunyi luaran yang tidak diingini ketika mendengar bunyi daripada peranti. Jadi, kualiti bunyi yang didengari adalah ebih berkualiti.
Namun, ada sesetengah pengguna yang suka menguatkan lagi volume apabila medengar melalui earbud ini supaya bunyi yang didengari ini akan lebih jelas.
Jadi, berpada-padalah ketika anda mendengar lagu daripada fon telinga anda.
#5. Bersihkan Fon Telinga Anda Dengan Kerap.
Dalam apa jua perbuatan anda sehari-hari, kebersihan adalah sesuatu yang sepatutnya anda jaga. Ini termasuklah menjaga kebersihan fon telinga anda dengan kerap.
Anda boleh membersihkannya dengan menggunakan pembersih antiseptik dan menyimpan di dalam bekas yang bersih jika tidak menggunakannya. Tak perlu terlalu kerap, sekali seminggu pun dah memadai.
#6. Hati-hati ketika menggunakan fon telinga.
Bila anda menggunakan fon telinga terutama sekali ketika berjalan di luar atau di tepi jalan, jangan terlalu asyik dengan lagu yang dimainkan. Perhatikan sekeliling. Jangan dengar lagu dengan volume yang terlalu tinggi.
Ketika mendengar muzik, deria kita yang lain akan kurang aktif. Jadi penting untuk anda sentiasa berjaga-jaga dengan sekeliling. Anda masih memerlukan pendengaran anda untuk mengesan perkara yang boleh mendatangkan mudarat kepada anda.
Kenderaan yang laju, orang yang lalu lalang, dan apa saja perkara yang tidak anda ketahui akan terjadi di sekeliling sekiranya anda tidak peka dengan keadaan sekeliling ketika menyumbat fon telinga.
Paling penting! Jangan gunakan fon telinga ketika anda sedang memandu kenderaan atau menunggang basikal atau motosikal. Perhatian sepatutnya diberikan ketika anda memandu dan deria mendengar adalah sangat penting ketika ini.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Kepada semua wanita di luar sana, sekiranya anada ingin mengekekalkan kecantikan dalaman mahupun luaran, JUS ROYAL V merupakan produk yang terbaik untuk anda.
Royal V juga merupakan antara hot item dari Jamu Ratu Malaya setakat ini. Testimoni yang diperoleh daripada pengguna juga cukup memuaskan! Apa tunggu lagi?
Kepada wanita yang telah berkahwin, anda pasti akan membuatkan suami semakin sayang terhadap anda setelah amalkan Royal V! Dapatkan Jus Royal V di pautan yang berikut:
Facebook : Stokis JRM Johor
Instagram : @jamuratumalaya_johor
WhatsApp :
https://www.wasap.my/60132002695
https://www.wasap.my/60132882695