Masihkah anda ingat akan gula-gula yang menjadi kegemaran kita pada waktu kecil dulu? Gula-gula yang sangat ‘cool’ pada masa itu dimana anda boleh makan plastik putih pembalut gula-gula tersebut?

Kini gula-gula nostalgia itu bakal menemui anda semula tetapi bukan sebagai gula-gula sebaliknya sebagai barangan kosmetik wanita iaitu pelembap bibir atau ‘lip balm.’ Menurut sumber dari The Straits Time, gula-gula White Rabbit telah berkolabrasi bersama sebuah syarikat kosmetik dari negara China iaitu Maxam yang bakal dilancarkan pada 20hb Oktober bulan hadapan.

Pada awalnya Maxam hendak merahsiakan projek kolabrasi ini sehingga bulan Oktober tetapi bagaimanapun berlakunya kebocoran gambar berkenaan produk tersebut dan beritanya tersebar dengan cepat di negara China melalui aplikasi Weibo.

BACA JUGA :   Cara Untuk Kulit Wajah Kekal Cantik Dan Terlindung Daripada Sinar Berbahaya UV

Pengurus kanan Maxam, Li memberitahu media di China bahawa pada tarikh pelancaran kosmetik itu nanti akan disertakan dengan kotak hadiah istimewa. Mereka akan melancarkan pelembap bibir itu pada dua tarikh berbeza iaitu pada 20hb September lalu bagi pelanggan yang tidak sabar menantikannya dan 20hb Oktober bulan hadapan sebagai pelancaran rasminya.

Pelembap bibir itu akan dijual dengan harga 95 Yuan (lingkungan RM58) dengan berat 3g sama seperti berat kebiasaan pelembap bibir yang berada di pasaran. Ianya akan dijual di atas talian Taobao.

Pelembap bibir ini pasti akan menjadi kegemaran para wanita sebaik sahaja pelancaran rasminya kerana rasa yang gula-gula susu yang sangat menyelerakan! Ia pastinya mengembalikan kenangan anda.

BACA JUGA :   KECOH! Benarkah Bedak Talkum Boleh Sebabkan Kanser?

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

“Bertahun muka penuh jeragat. Asal stress je, mulalah jerawat nak naik dengan subur. Tapi lepas pakai Bio Action Miracle, segala macam jeragat dan jerawat hilang terus daripada muka ni…!!”

Bio Action Miracle, teman terbaik seorang wanita untuk menghilangkan jeragat dan jerawat di muka dan memastikan kulit muka sentiasa segar dan lembap.

Pilihan yang terbaik dan berkualiti daripada Jamu Ratu Malaya. Dapatkannya melalui pautan ini:

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp :

 https://www.wasap.my/60132002695 

https://www.wasap.my/60132882695

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here