Impian semua anak muda untuk menjadi sebahagian daripada penentu masa depan negara kini semakin menjadi kenyataan apabila kabinet semalam bersetuju untuk menurunkan had mengundi kepada 18 tahun semalam.

Sebelum ini, hak untuk mengundi di Malaysia adalah pada umur 21 tahun. Negara-negara ASEAN yang lain sudah menetapkan had umur mengundi pada umur 18 tahun kecuali Malaysia dan Singapura.

Cakap-cakap tentang penurunan had umur mengundi ini sebenarnya sudah lama kedengaran, semenjak Pakatan Harapan berjaya menguasai pentadbiran pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.

Rakyat Malaysia seawal usia 18 akan dibenarkan untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 nanti. (Sumber gambar: Kampus Uols)

“…rakyat Malaysia kini adalah rakyat yang bermaklumat dan umur 18 tahun sudah boleh dianggap mampu untuk membuat keputusan bagi menentukan masa depan negara…”

Umur 18 tahun juga dipilih kerana menurut perlembagaan negara, umur 18 tahun sudah boleh dibenarkan untuk pelbagai perkara seperti membuat lesen memandu, menandatangani kontrak, dan berkahwin.

BACA JUGA :   Pemandu Grab Mati Dibunuh: Sudah Tiba Masanya Ciri Keselamatan Untuk Pemandu Diperkenalkan?

Jadi, umur 18 tahun menurut perlembangaan Malaysia sudah cukup ‘dewasa’ untuk membuat keputusan, namun untuk membuat pengundian pada pilihan raya umum masih pada umur 21 tahun.

Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. (Sumber gambar: NST)

Pada peringkat awal ini, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan menemui ahli parlimen muda tanpa mengira parti politik dan menubuhkan Kaukus Belia. Penurunan had umur nin masih memerlukan persetujuan 2/3 ahli Dewan Rakyat.

Kaukus Belia ini pula akan membincangkan segala hal dan isu orang muda, tidak terhad pada perkara undi 18 tahun saja. Beliau menambah lagi, input daripada pihak pembangkang turut akan diperoleh.

Suara anak muda akan memainkan peranan yang sangat penting menjelang pilihan raya umum yang seterusnya. (Sumber gambar: Focus)

Sebuah jawatankuasa khas akan ditubuhkan yang menampilkan ketua-ketua pemuda daripada semua parti politik bagi membolehkan perkara termasuk undi 18 tahun ini dilaksanakan.

Had umur 18 tahun untuk membuat pengundian ini dijangka akan dilaksanakan menjelang Pilihan Raya Umum ke-15, 5 tahun akan datang.

BACA JUGA :   Macam Babak Filem: Kereta Dirempuh Bas RapidKL Kerana...

Jika had umur mengundi diturunkan menjelang pilihan raya umum yang akan datang, maka anak muda akan memainkan peranan penting memandangkan hamir 45% populasi negara merupakan anak muda berusia 18 tahun ke atas.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Minum air coklat dah boleh kurus?! Rasa lapar pun dah kurang?!

Ini bukan benda karut tapi realiti!

Chocolate Fiber Life keluaran Jamu Ratu Malaya merupakan minuman coklat yang boleh membantu anda untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga.

Satu produk pelbagai khasiat. Sudah ramai yang berpuas hati dengan produk ni. Dapatkannya melalui pautan ini:

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp :

 https://www.wasap.my/60132002695 

https://www.wasap.my/60132882695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here