Baru-baru ni, kecoh seluruh negara apabila seorang remaja yang menhidapi sindrom autisme telah ditahan polis kerana dituduh mencabul kehormatan seorang gadis berusia 24 tahun.

Gadis tersebut mendakwa dia disentuh oleh remaja tersebut di bahagian dada. Gadis tersebut kemudiannya membuat satu laporan polis dan reaja lelaki autism tersebut teah ditahan pada 11 September lalu.

Remaja autisme yang ditahan kerana dituduh mencabul, Ahmad Ziqri bersama ibunya, HAsnah Abdul Rahman. (Sumber gambar: OhBulan)

Penahanan yang menurut Polis Selangor itu mengikut prosedur yang sepatutnya walau bagaimana pun dikecam hebat oleh para netizen yang berpendapat layana begitu tidak patut dilayan sebegitu.

Remaja tersebu telah dibebas setelah diambil keterangan. Jenayah yang melibatkan penghidap sindrom autisme ini tidak banyak terjadi. Mungkin ada yang berlaku di luar pengetahuan tetapi ia jarang digemparkan.

Penghidap autisme ini tidak mampu membezakan apakah perbuatan yang baik dan betul untuk dilakukan selagi tidak diberitahu. Senang cerita, mereka ini agak lurus dan memerlukan perhatian yang sangat teliti.

BACA JUGA :   Daulah Educonsult, konsultan pelajar yang berdedikasi tinggi
Penghidap autisme melihat dunia dengan perspektif yang berbeza. (Sumber gambar: Silibus)

Untuk memastikan pihak polis mampu untuk menangani jenayah yang berkaitan dengan penghidap autisme ini, Pusat Permata Kurnia (Permata Kurnia) akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kerjasama ini adalah untuk memberikan panduan kepada anggota polis bagi menangani kes yang melibatkan orang dengan sindrom autisme ini.

Autisme 101 Kepada Semua Anggota Polis

Dengan pendedahan sebegini, anggta polis faham dengan situasi yang akan dihadapi sekiranya berhadapan dengan penghidap autisme ini terutama sekali sekiranya ada jenayah yang dilakukan oleh orang autisme ini.

“Melalui kerjasama ini, warga PDRM dapat memahami setiap ciri autisme, SOP saringan autisme, kepentingan mendapatkan diagnosis serta kepentingan intervensi berdasarkan bukti,” –Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara, Datuk Ramli Din.

Timbalan Perdana Menteri yang merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat berkata, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata  masyarakat seharusnya diberikan pemahaman dengan lebih teliti mengenai autisme ini.

BACA JUGA :   VIRAL! Aiskrim Laksa Ini Pasti Akan Menambat Selera Ekstrinsik Anda
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. (Sumber gambar: Berita Harian)

Sebuah modul akan diperkenalkan oleh Permata Kurnia iaitu iKurnia melalui portal ‘Pendidikan Digital Autisme Untuk Komuniti’ yang akan memudahkan akses masyarakat khususnya pihak polis untuk mendapatkan maklumat mengenai autism.

Minum air coklat dah boleh kurus?! Rasa lapar pun dah kurang?!

Ini bukan benda karut tapi realiti!

Chocolate Fiber Life keluaran Jamu Ratu Malaya merupakan minuman coklat yang boleh membantu anda untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga.

Satu produk pelbagai khasiat. Sudah ramai yang berpuas hati dengan produk ni. Dapatkannya melalui pautan ini:

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp :

 https://www.wasap.my/60132002695 

https://www.wasap.my/60132882695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here