Biasa kita melihat orang muda dan golongan awal remaja melayan komik gaya jepun atau manga. Kalau dahulu, mereka ni terpaksa menunggu di kedai untuk menunggu komik dan membelinya atau free-reading saja di kedai buku (mesti ada yang pernah buat kan?).
Zaman sekarang, tak perlu susah-susah lagi nak kena tunggu manga tu di kedai buku. Ada sambungan internet, boleh layan atas talian. Laman manga pun bersepah kata alam maya sana. Pilih saja mana yang digemari.
Manga ni ada yang melibatkan dunia fantasi dan ada juga yang cerutanya berlaku di dunia sebenar versi fiksyen. Kebiasaannya cara wataknya paling akan diinga terutama watak wanita yang dilukis dengan gaya yang seksi dan menggiurkan.
Tapi pernahkah anda dengar watak utama dalam manga itu seorang Islam yang menutup aurat sepenuhnya dan mengamalkan ajaran Islam dengan betul berdasarkan syariat. Ada ke manga macam tu?
Satoko To Nada, merupakan sebuah siri komik ciptaan Yupechika (nama anonymous, macam mana rupanya pun kami tak tahu, huhu..) yang turut berkolaborasi dengan seorang wartawan Muslim, Maty Nishimori bagi menjayakan siri manga ini.
Komik ini mula diperkenalkan pada Januari 2017 menerusi akaun Twitter Seikaisha, “@Twit4”.
Cerita Tentang 2 Pelajar Wanita Berlainan Budaya & Agama
Manga ini mengisahkan tentang hubungan dua orang wanita daripada 2 negara berbeza iaitu Satoko yang berasal daripada Jepun dan juga Nada yang berasal daripada Arab Saudi. Nada ini merupakan seorang Islam sejati yang masih kekal dengan amalan Islam.
Mereka dipertemukan di Amerika Syarikat kerana kedua-duanya melanjutkan pelajaran di sana. Mereka ditempatkan dalam sebuah bilik dan menjadi rakan sebilik. Dari situ, Satoko mula mengenali ajaran Islam melalui Nada.
Daripada adat dan budaya Arab, cara berpakaian, pemakanan, dan cara pemikiran. Komik ini turut memaparkan Nada menjelaskan mengenai amalan dan ibadat Islam seperti solat kepada Nada.
Manga ini memaparkan bagaimana Satoko mula mempelajari budaya dan pemikiran orang Islam dan Arab sepanjang menetap bersama Nada.
Macam mana dengan penerimaannya?
Walaupun antara perkara utama yang diceritakan dalam manga Satoko To Nada adalah berkenaan Islam seperti gaya hidup dan amalan, tapi komik ini tetap menjadi antara manga yang banyak dibaca.
Manga ini menduduki tempat ketiga bagi pembaca wanita di Takarajimasha’s kono Manga ga Sugoi!, tempat keempat bagi kategori manga web di Da Vinci and Niconico’s Tsugi ni Kuru Manga Awards.
Siapa yang sedang ikuti siri manga ni? Best ke tak? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Minum air coklat dah boleh kurus?! Rasa lapar pun dah kurang?!
Ini bukan benda karut tapi realiti!
Chocolate Fiber Life keluaran Jamu Ratu Malaya merupakan minuman coklat yang boleh membantu anda untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga.
Satu produk pelbagai khasiat. Sudah ramai yang berpuas hati dengan produk ni. Dapatkannya melalui pautan ini:
Facebook : Stokis JRM Johor
Instagram : @jamuratumalaya_johor
WhatsApp :
https://www.wasap.my/60132002695
https://www.wasap.my/60132882695