Jika anda merupakan peminat setia bagi filem-filem adiwira dari Marvel, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan filem baharu yang akan ditayangkan tidak lama lagi di pawagam berhampiran mulai bulan hadapan iaitu filem Venom dari Sony.

Mengapa Venom ini adalah sebuah filem yang patut anda tonton jika anda seorang peminat adiwira Marvel?

Pengarah Venom, Ruben Fleischer memberi bayangan dan amaran kepada peminat yang akan menonton filem tersebut bahawa anda tidak boleh keluar daripada panggung wayang selagi skrin wayang itu belum hitam menandakan bahawa akan ada kejutan yang akan dipaparkan.

Fleischer berkata dalam satu temu bual bahawa tidak akan ada watak hero di dalam filem ini. Ia akan menjadi filem yang berlainan daripada wira-wira berkostum yang lebih sinonim dengan watak dengan genre superhero sebaliknya.

“Filem ini akan menampilkan watak yang lebih rumit, berasas, dan rumit,”

kata Fleischer, yang menambah ia akan menjadi ‘lebih ganas’ daripada filem Marvel yang lain.

BACA JUGA :   XX Ray III: Kelemahan Awal Yang Akan Spoilkan Filem?

Fleischer turut memberitahu bahawa filem itu akan menampilkan watak lain dari komik, termasuk “Riot,” seorang musuh Venom yang lebih berkuasa.

Adakah kejutan itu berkaitan dengan berita mengatakan bahawa kelibat Holland yang memegang watak Spiderman berada di kawasan penggambaraan filem Venom ini ada kaitan dengan kemunculan istimewa Spiderman dalam filem ini?

Atau mungkin  Holland adalah sebagai Peter Parker? Atau kerana Holland sengaja melawat tempat penggambaran mereka? Semuanya masih lagi menjadi rahsia yang harus dirungkai peminat Marvel.

Tom Hardy sebagai Venom

Venom merupakan sebuah filem adiwira berdasarkan watak dan judul yang sama seperti adapatasi komiknya yang dihasilkan oleh Marvel  Comic.

Filem ini diterbitkan oleh Columbia Pictures dengan kerjasama bersama Marvel dan diedarkan oleh Sony Picture Releasing. Di bintangi oleh Tom Hardy sebagai Venom yang bakal menemui anda di pawagam pada 4 Oktober nanti.

BACA JUGA :   Upin Ipin Tembus Pasaran Animasi ke China

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

“Bertahun muka penuh jeragat. Asal stress je, mulalah jerawat nak naik dengan subur. Tapi lepas pakai Bio Action Miracle, segala macam jeragat dan jerawat hilang terus daripada muka ni…!!”

Bio Action Miracle, teman terbaik seorang wanita untuk menghilangkan jeragat dan jerawat di muka dan memastikan kulit muka sentiasa segar dan lembap.

Pilihan yang terbaik dan berkualiti daripada Jamu Ratu Malaya. Dapatkannya melalui pautan ini:

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp :

 https://www.wasap.my/60132002695 

https://www.wasap.my/60132882695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here