Masih ingatkah anda pada kejadian gempa bumi yang telah menyebabkan Gunung Kinabalu “runtuh’ dan telah mengorbankan hampir 20 orang pendaki dan malim gunung. Itu merpakan antara kejadian terburuk sepanjang gunung Kinabalu dibuka untuk pendakian.

Selepas 3 tahun kejadian berdarah tersebut, ia embali disingkap kembali dalam bentuk filem yang diadaptasi daripada kejadian sebenar yang berlaku pada hari kejadian yang telah mengubah gunung Kinabalu buat selamanya.

Filem terbitan New Line Cinema Sdn Bhd ini diarahkan oleh pengarah dan produser terkenal, Datuk Jurey Rosli dan proses pengambaran bagi filem ini dibuat sekitar Kundasang, Taman Negara Kinabalu dan babak di puncak kinabalu dibuat di sebuah bukit.

Kalau anda merupakan penggemar filem yang bergenrekan bencana alam dan survivor, tak banyak produksi tempatan yang mengeluarkan filem sebegini. Filem cinta, gangster, seram, dan komedi menjadi pilhan penonton tempatan.

Jadi, Tangisan Akinabalu ini merupakan satu langkah berani oleh pengarahnya dengan mengenengahkan filem dengan genre begini. Berdasarkan kejadian sebenar, ia menjadi ramuan terbaik untuk sebuah filem.

“Selena Gomez” Malaysia Pun Ada Berlakon Dalam Ni…!

Bukanlah Selena Gomez yang sebenar tetapi seorang wanita yang mempunyai iras Selena Gomez. Nama sebenarnya adalah Phanthegerow Estrop, gadis kacukan Belanda-Kadazan Dusun.

BACA JUGA :   SWD Nafi 6,100 Orang Utan Dibunuh Di Sabah Antara Tahun 1999 - 2015
Phanthegerow Estrop sebagai Niki, iaitu malim gunung Kinabalu. (Sumber gambar: Sayang Sabah)

Dia membawa watak sebagai Niki, seorang malim gunung yang terperangkap di Gunung Kinabalu ketika kejadian gempa 2015 berlaku. Dia bersama Ray (Yuri Mejal) bertanggungjawab membawa turun beberapa pendaki ke Taman Negara Kinabalu.

Selain daripada Phanthegerow Estrop, filem ini turut menampilkan pelakon-pelakon lain yang menerajui filem ini seperti Syaiful Zero, Yuri Mejal, dan penampilan khas Datuk Yusof Haslam.

Pengorbanan Malim Gunung

Selain memaparkan tragedi gempa bumi yang berlaku, pengarah sebenarya mahu menonjolkan pengorbanan yang dilakukan oleh malim gunung ketika kejadian itu berlaku.

Salah seorang malim gunung yang dilaporkan terkorban kerana keletihan selepas beberapa jam berusaha menurunkan pendaki daripada Gunung Kinabalu. Malim ini bernama Ridwan dan gambar ini menjadi tular. (Sumber gambar: Astro Awani)

Ketika kejadian sebenar, malim gunung inilah yang membantu pihak berkuasa membantu mengeluarkan pendaki yang terperangkap daripada laluan Kinabalu yang berbahaya. Disebabkan mereka ini lebih mahir dengan laluan Kinabalu, mereka memandu pasukan menyelamat demi keselamatan pendaki.

Secara keseluruhannya…

Selepas menghabiskan 1 sesi tontonan filem ini, ia adalah satu percubaan yang berani dalam menampilkan satu genre filem yang di luar kebiasaan.

Produser filem di Malaysia sering kali mengulang genre yang sama setiap kali ingin menerbitkan sebuah filem. Filem seram, polis, gangster, komedi, cinta, dan ia akan berulang kembali setelah beberapa ketika.

Pengarah filem Tangisan Akinabalu, Dato’ Jurey Latiff Rosli (baju merah)

Filem ini? Ia cuba memecahkan tradisi dengan penceritaan yang berbeza. Genre survivor dan unsur bencana alam yang diselitkan menambahkan rencah, menjadikan filem ini sesuatu yang menarik untuk ditonton.

BACA JUGA :   Lihat Kumpulan K-Pop, IN2IT Menyanyikan Lagu 'Gemilang' Tanpa Pelat Korea

Tiada filem yang sempurna tetapi ini boleh menjadi satu tanda aras bagi produser filem tempatan yang lain untuk cuba mengetengahkan suatu yang baharu dalam pasaran filem negara. Tidaklah selalu mengitar semula genre filem yang sama.

Filem ini adalah sesuatu yang boleh dijadikan sebagai hiburan yang tidak terlalu berat dan penceritaan juga tidak ‘syok sendiri’. Jalan cerita masih boleh difahami dari awal hingga akhir.

Harus tonton? Sudah semestinya. Siapa lagi nak menyokong kalau bukan kita sendiri?

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

“Bertahun muka penuh jeragat. Asal stress je, mulalah jerawat nak naik dengan subur. Tapi lepas pakai Bio Action Miracle, segala macam jeragat dan jerawat hilang terus daripada muka ni…!!”

Bio Action Miracle, teman terbaik seorang wanita untuk menghilangkan jeragat dan jerawat di muka dan memastikan kulit muka sentiasa segar dan lembap.

Pilihan yang terbaik dan berkualiti daripada Jamu Ratu Malaya. Dapatkannya melalui pautan ini:

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp :

 https://www.wasap.my/60132002695 

https://www.wasap.my/60132882695

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here