Beberapa tahun ni, popular dalam kalangan ibu bapa yang gemar menamakan anak-anak mereka dengan nama yang panjang berjela dan diselitkn dengan nama yang tidak masuk akal dan susah untuk disebut.

Selain daripada menamakan anak dengan nama yang pelik, panjang, dan berbelit, ada juga amalan yang popular dalam kalangan ibu bapa iaitu menamakan anak mereka bersempena dengan nama tokoh yang popular dan hebat.

Nama Mahathir popular kerana kejayaannya menewaskan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-14 yang lepas. (Sumber gambar: NST)

Antara figura yang sering menjadi inspirasi oleh ibu bapa untuk menamakan anak-anak mereka adalah Tun Mahathir, mantan Perdana Menteri ke-4 yang kini Perdana menteri ke-7.

Tak hairanlah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah merekodkan sebanyak 420 orang bayi yang dinamakan dengan nama “Mahathir” dan 4,726 orang bayi yang dinamakan dengan nama “Tun”.

Untuk nama “Tun”, hanya yang berketurunan “Tun” sahaja yang boleh dinamakan dengan nama itu berbanding sebelum ini semua orang boleh menggunakan nama tersebut untuk mendaftar.

BACA JUGA :   5 Destinasi Di Malaysia Yang Mempunyai Keindahan Seperti Luar Negara
Nama Malaysia juga popular menjadi pilihan ibu bapa. (Sumber gambar: Scrapbookingncraft)

Nama “Merdeka” dan “Malaysia” juga popular dalam kalangan ibu bapa untuk menamakan anak yang baru lahir. Mengikut rekod, seramai 129 orang menggunakan nama “Malaysia” manakala 102 orang pula dengan nama “Merdeka”.

Nama Berdasarkan Negeri (Seriuslah?!)

Ada juga ibu bapa yang mendaftarkan nama anak mereka berdasarkan negeri kelahiran! Yang paling popular adalah “Sabah” dengan seramai 176 orang yang menggunakan nama tersebut.

Nama negeri di Malaysia juga menjadi pilihan. (Sumber gambar: Malaysian Mom)

Nama negeri lain turut digunakan seperti Pahang (37), Sarawak (12), Labuan (8), Perlis (7), Putrajaya (5), Selangor (3), Kelantan (2) dan Pulau Pinang (1) dan tiada rekod untuk nama Terengganu.

Khidmat Nasihat Kalau Nama Terlalu Pelik

Pihak JPN sebenarnya ada garis panduan tertentu terutama bagi ibu bapa dalam memberikan nama kepada anak-anak mereka. Mereka tak punyai apa-apa masalah dengan sebarang nama yang ingin diberikan.

BACA JUGA :   Kes COVID-19 Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Meningkat.

Tetapi, sekiranya nama yang diberikan akan memberi kesan kepada penama, pihak JPN akan memberikan cadangan nama lain yang lebih sesuai. Setiap nama juga mempunyai maksud yang tertentu bagi sesetengah kaum.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Minum air coklat dah boleh kurus?! Rasa lapar pun dah kurang?!

Ini bukan benda karut tapi realiti!

Chocolate Fiber Life keluaran Jamu Ratu Malaya merupakan minuman coklat yang boleh membantu anda untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga.

Satu produk pelbagai khasiat. Sudah ramai yang berpuas hati dengan produk ni. Dapatkannya melalui pautan ini:

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp :

 https://www.wasap.my/60132002695 

https://www.wasap.my/60132882695

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here