Pembaca pastinya tertanya apakah yang cuba di sampaikan di dalam permainan ini. Where is Najib? (Di Manakah Najib?) merupakan salah satu permainan baharu yang diperkenalkan oleh syarikat yang berpengkalan di Singapura.
Permainan video telefon pintar kini boleh didapati di Apps Store dan juga di Google Play Store pada suku keempat 2018. Permainan ini juga boleh dimuat turun secara percuma.

Datuk Seri Najib merupakan Perdana Menteri keenam dan mengekalkan pemerintahannya selama sembilan tahun sebelum ditumbangkan oleh kerajaan baru, Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.
Sepanjang pemerintahan bekas Perdana Menteri itu, menyaksikan ahli politik itu terpalit dengan pelbagai kontroversi bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. Baru-baru ini beliau telah didakwa dengan 25 pertuduhan dan mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan tersebut. Datin Seri Rosmah juga berkemungkinan berdepan 20 pertuduhan sekiranya didapati bersalah.
Where Is Najib? (Di Manakah Najib?) juga kedengaran seperti menyindir Datuk Seri Najib di mana pemain perlu mencari di mana “Najib” itu bersembunyi di dalam permainan tersebut.
Skandal kewangan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), pemberian derma ke dalam akaun beliau dan pelbagai dakwaan yang lain ke atas Datuk Seri Najib telah memberi inspirasi kepada syarikat yang berpangkalan di Singapura itu menghasilkan permainan tersebut.

Menerusi laporan Digital News Asia, Samantha De Silva selaku pekerja dari Glassfire Games berkata, tujuan mereka membuat video tersebut itu berdasarkan scenario yang berlaku di Malaysia ketika itu.
Tambahan Samantha, video ini sebenarnya hanya dianggap sebagai hiburan kepada pemain selain mereka juga menyelitkan kisah mahu pun cerita yang berlaku di Malaysia.
Ini bukanlah perkembangan yang baik kerana pembangunan permainan digital seperti ini umpama negara jiran dengan sewenangnya memperlekehkan isu dan masalah yang berlaku di Malaysia.

Permainan ini secara tak langsung juga telah menjatuhkan maruah Datuk Seri Najib, bekas Perdana Menteri. Perkara ini sepatutnya diselesaikan dengan cara baik dan berhemah agar tiada pihak yang terluka atau terpalit melalui perkembangan ini.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
“Bertahun muka penuh jeragat. Asal stress je, mulalah jerawat nak naik dengan subur. Tapi lepas pakai Bio Action Miracle, segala macam jeragat dan jerawat hilang terus daripada muka ni…!!”
Bio Action Miracle, teman terbaik seorang wanita untuk menghilangkan jeragat dan jerawat di muka dan memastikan kulit muka sentiasa segar dan lembap.
Pilihan yang terbaik dan berkualiti daripada Jamu Ratu Malaya. Dapatkannya melalui pautan ini:
Facebook : Stokis JRM Johor
Instagram : @jamuratumalaya_johor
WhatsApp :
https://www.wasap.my/60132002695
https://www.wasap.my/60132882695