Jika anda sudah lama memasang niat untuk melakukan aktiviti yang lasak seperti melakukan eksplorasi gua, kami ada beberapa cadangan untuk anda memulakan eksplorasi pertama anda itu selain dari Batu Caves. Percayalah anda pasti akan kagum akan kecantikkan gua yang kami senaraikan ini!

#GUA NIAH, SARAWAK

kredit : Travel Malaysia

Jika anda melawat ke Sarawak, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk melawat gua ini sekali seumur hidup, barulah boleh dikatakan lengkap percutiaan anda ke Sarawak!

Gua Niah telah berusia lebih 40,000 tahun lamanya dan merupakan tapak bagi sesetengah mayat manusia tertua yang ditemui di Asia Tenggara. Gua Niah telah diisytiharkan sebagai Taman Negara pada tahun 1975 dan merupakan gua terbesar di Malaysia.

Bukan anda sahaja pengunjung yang berada di Gua Niah ini kerana terdapat juga hidupan liar lain yang turut ‘melawati’ gua ini. Jika peluang menyebelahi anda, anda dapat menyaksikan sendiri burung hornbil yang berterbangan di sana dan banyak lagi haiwan liar yang lain.

Gua Niah mempunyai sebuah gua besar yang dikenali sebagai ‘The Great Cave’ serta dilengkapi dengan beberapa gua kecil lain yang berada di sekelilingnya dan antara gua yang paling terkenal dalam kalangan pengunjung yang melawati gua itu ialah ‘Painted Cave’ dan ‘The Large Chamber.’

Anda tidak perlu risau akan tapak pejalan di gua ini kerana tapak jalan sepanjang gua ini telah dibuat dengan penjalan kaki kayu yang akan memudahkan perjalanan anda menikmati permandangan di sana.

BACA JUGA :   Malaysia Negara Berdaya Saing. Kedudukan ke 8 di Dalam Dunia.
kredit : sarawak.attractionsinMalaysia.com

Jikalau anda membuat keputusan untuk melawat gua ini pada bulan Disember  yang akan datang, ia merupakan masa yang paling sesuai untuk anda menyaksikan sendiri bagaimana penduduk tempatan di sana mengumpul sarang burung dengan tangga buluh yang sangat tinggi. Selain bulan Disember, anda juga menyaksikan aktiviti ini pada bulan Ogos hingga Disember dan Januari hingga Mac.

Turut menyediakan tempat tinggal buat anda yang ingin mengekplorasi gua ini melebihi sehari kerana ia turut menyediakan kemudahan tempat seperti chalet dan dorm untuk anda dan jika anda berasa lapar, kafeteria turut disediakan.

HARGA MASUK : RM10 seorang.

 

#GUA TEMPURUNG, PERAK

kredit : visitperak.com.my

Gua Tempurung merupakan gua batu kapur yang dipercayai telah wujud sejak 8000SM lagi dan anda pasti akan mengagumi kecantikan gua batu kapur ini! Amat sesuai untuk anda yang pertama kali ingin meneroka gua kerana gua ini mempunyai pelbagai jenis lawatan yang berbeza panjang dan tahap kesukarannya. Ia turut mempunyai sungai yang mengalir sekitar 1.6 km melalui bukit.

Gua Tempurung yang terletak di Gopeng, Perak ini merupakan gua yang terpanjang di Semenanjung Malaysia dengan kira-kira 3km panjangnya dan merupakan gua batu kapur terbesar. Gua-gua ini terkenal dengan galeri stalagmit yang menakjubkan dan juga pembentukan batu –batuan yang luar biasa.

Ia terdiri daripada lima kubah besar dengan bahagian atas gua itu meyerupai tempurung buah kepala. Setiap kubah yang terdapat di gua ini mempunyai pembentukan kalsium yang berbeza serta marmar yang di dalamnya mempunyai suhu dan paras air yang berbeza.

BACA JUGA :   Makanan yang wajib ada cuba jika di Mesir !
kredit : perakwow.com.my

Anda dinasihatkan supaya membawa pakaian dan kasut lebih semasa berkunjung ke gua ini.

HARGA MASUK : BERLAINAN HARGA BAGI SETIAP LAWATAN YANG DIPILIH.

 

#GUA NASIB BAGUS, SARAWAK

kredit : Philippe-crochet.com

Gua Nasib Bagus atau turut dikenali sebagai Lubang Nasib Bagus ini dikatakan terdapat “Kamar Sarawak” atau “Sarawak Chamber” yang mempunyai ruang bawah tanah yang sangat besar sehingga boleh menampung 40 kapal terbang Boieng 747!

Cabaran yang anda akan lalui ketika berada di gua ini tidaklah sesukar Gua Langsuir yang memerlukan kepakaran sebelum melawatinya kerana gua ini tidaklah terlalu susah untuk anda tetapi kebanyakan masa laluan gua ini akan dipenuhi dengan air jadi keupayaan untuk berenang walaupun airnya tidak terlalu deras dan berpakaian yang bersesuaian adalah sangat penting kerana suhu tinggi sepanjang perjalanan.

kredit : anaktravelgua.blogspot.com

Kira-kira empat jam perjalanan yang anda perlukan untuk berjalan ke tempat masuk gua dan kebiasaannya pelancong yang akan ke sini akan bermalam di kem asas yang terletak satu jam dari gua.

HARGA MASUK : RM10 SEORANG.

 

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here