Jika anda merupakan seorang peminat tegar siri anime popular 90-an iaitu Dragon Ballz, pastinya anda telah mengetahui akan kerjasama yang telah dijalinkan oleh jenama kasut terkenal dunia Adidas dengan siri anime itu bukan?

Terdapat tujuh koleksi rekaan kasut ADIDAS x Dragon Ball Z yang akan dikeluarkan dan ianya tidak dikeluarkan sekali gus kerana peminat-peminat anime ini harus menunggu akan tarikh bagi setiap rekaan kasut ini untuk dilancarkan secara berperingkat mengikut karakter-karakter yang telah dipilih bagi penghasilan kasut kolabrasi ini.

ADIDAS x Dragon Ball Z keluaran pertama edisi “Goku” yang telah dilancarkan pada 29 September yang lalu.

Edisi pertama kolabrasi Adidas ZX RM “Goku” dan Adidas Yung 1 “Freezer” ini telah pun dikeluarkan tidak kurang sebulan yang lepas iaitu pada 29 September yang lalu. Berita gembira buat peminat yang menantikan kasut edisi Gohan (Adidas Deerupt) dan Cell (Adidas Prophere)  kerana pada bulan ini satu lagi edisi keluaran terbaru akan dilancarkan.

Keluaran terbaharu Gohan (Adidas Deerupt) ini mempunyai perincian menarik dan unik kerana ianya diambil inspirasi dari penampilan utama karakter itu yang merupakan karakter yang mempunyai jumlah perlawanan yang paling banyak dalam sejarah anime itu walaupun tidak terkenal seperti karakter Goku. Didatangkan dengan skema warna ungu dan kuning yang semestinya akan menarik perhatian sesiapa sahaja untuk memandang kasut anda yang sangat bergaya dan unik ini!

Kredit : sneakernews – Keluaran kedua edisi “Gohan” yang akan mula dilancarkan pada 27 Oktober ini!

Kasut keluaran kedua daripada kolabrasi ini disertakan kotak kasut dengan gambar Gohan yang sangat cantik dan terperinci serta tapak kasut yang mempunyai tulisan Dragon Ballz yang semestinya akan menampakkan ia seperti sebuah kasut yang eksklusif dan terhad.

Selepas keluaran edisi kedua ini, Adidas x Dragon Ball Z ini akan melancarkan kasut yang seterusnya itu Adidas Ultra Tech “Vegeta” dan Adidas Kamanda “Majin Buu” pada bulan hadapan. Pada bulan Disember pula mereka akan melancarkan koleksi seterusnya yang diinspirasikan oleh Shenron iaitu Adidas EQT Support Adv Mid.

Edisi Gohan ini akan mula dilancarkan pada 27 Oktober ini dengan harga yang masih lagi tidak diketahui. Pastikan anda dapatkan kasut edisi Gohan ini jika anda betul-betul peminat tegar anime Dragon Ball Z!

 

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here