Cuaca yang tidak menentu pastinya sukar ingin keluar dari rumah. Panas di waktu pagi dan hujan lebat di sebelah petang. Bayangkan jika anda sedang berkelah bersama keluarga tetapi tiba-tiba hujan lebat. Pasti menggangu bukan? Bagi ibu bapa atau mana-mana individu yang ingin “bersiar” pada waktu ini, rancang perjalanan anda. Seeloknya, digalakkan untuk melayari ramalan cuaca pada masa akan datang.

Angin Monsun Timur Laut akan berlaku bermula November 2018 sehingga Mac 2019. Menurut laporan Bernama, angina kencang dengan kelajuan 40 kilometer (km) hingga 50 km sejam bermula hari ini sehingga jumaat (2 November 2018). Selama seminggu ini juga, ombak dijangka akan mencapai sehingga 3.5 meter.
Taburan hujan sebelum ini dijangka pada 20km kini dijangka meningkat. Sebarang aktiviti yang berkaitan dengan laut tidak digalakkan. Perairan di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Barat Sabah antara kawasan yang terlibat dengan angina monsun ini.

Pihak Jabatan Meteorologi Malaysia juga suda menegeluarkan kenyataan bahawa kasan sekitar ini tidak boleh dihampiri atau melakukan sebarang aktiviti seperti memancing, menjala dan sebagainya. Kawasan yang dijangka akan meningkat paras air antara 3.5 meter dan lebih adalah kawasan perairan Selatan Samui, Tioman, Bunguran, Condore, Reef South, Reef North, Layang-layang, Labuan dan Pahlawan.

Bagi menggelakkan perkara yang tidak diingini, penjaga seharusnya berwaspada dengan perkara penting ini. Elakkan menurut kehendak anak dan utamakan terlebih dahulu keselamatan mereka. Boleh jadikan kes kehilangan nyawa mahupun bencana alam sebagai peringatan.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.