Semalam penghasil telefon bimbit pintar yang terkenal dengan harga yang mahal sehingga ada yang sanggup menjual buah pinggang untuk mendapatkan peranti canggih jenama Apple ini telah membuat sebuah ‘live event’ bagi memperkenalkan barisan produk terbaru mereka iaitu iPad dan juga MacBook Air.

Pada live event yang diadakan semalam, Apple kali ini lebih fokuskan kepada barisan produk tab dan juga komputer riba mereka memandangkan mereka baru sahaja melancarkan barisan produk telefon pintarnya tidak lama lalu.

Jika anda sedang mencari peranti untuk memudahkan urusan anda membuat kerja di mana-mana sahaja tanpa bebanan berat dan inginkan skrin besar, kami syorkan anda untuk mendapatkan iPad Pro baru dari Apple ini kerana iPad keluaran Apple pada kali ini telah diberikan nafas baru yang tidak sama seperti mana-mana iPad yang pernah dilancarkan oleh Apple selama ini.

iPad Pro pada kali ini menjanjikan anda pengalaman teknologi tinggi yang pasti akan memudahkan anda yang sentiasa ‘on-the-go’ kerana perincian iPad Pro ini telah diubah suai menjadi 25% bersamaan 5.9mm lebih nipis berbanding iPad yang lain, skrin yang lebih luas, ringin, menggunakan paparan retina yang sangat advanced, paparan responsif yang canggih sehinggakan tiada lagi butang bulat ‘home’ ditengah-tengah kerana ianya telah pun ditukar kepada penggunaan ‘face id.’

BACA JUGA :   Apple Lancarkan Kemaskini Terbaru iOS 11.3

iPad baru ini dikatakan lebih 92% lebih laju berbanding PC yang terdapat di pasaran luar. Ia juga menggandakan prestasi generasi iPad sebelumnya secara grafik, menjadikannya pengalaman mudah alih optimum. Ia juga berfungsi sama dengan Xbox One X secara grafik, tetapi pada sebahagian kecil daripada saiznya.

Dilengkapi dengan penggunaan pensil pintar Apple yang juga telah diberikan nafas baru yang akan memudahkan kerja anda yang bekerja sebagai pelukis. Pensil ini dilengkapi dengan magnet yang akan melekat di iPad anda dan boleh turut mengecas pen tersebut apabila dilekatkan bersama iPad Pro tersebut. Anda anda akan merasa seolah seperti sedang menulis menggunakan pensil sebenar kerana sensor sentuhan silinder memberikan anda lebih banyak kawalan seperti menukar alat dengan ketuk dua kali.

iPad Pro ini juga boleh dijadikan sebagai ‘powerbank’ baru anda kerana ia juga boleh mengecas iPhone anda.

Perbezaan iPad generasi lama dan iPad Pro.

Didatangkan dengan dua saiz yang anda boleh pilih dengan perbezaan besar skrin iaitu 11 inch dengan harga bermula $799 (RM3343.42) manakala skrin bersaiz 12.9 inch harga bermula $999 (RM4180.32).

BACA JUGA :   Gajet-Gajet Original Apple Kini Sudah Mula Dijual Di Lazada

Apple bukan sahaja melancarkan iPad versi Pro malah turut melancarkan barisan baru yang akan bersama-sama koleksi MacBook Air yang lain. Apple juga melakukan perubahan yang sangat ketara buat generasi MacBook Air pada kali ini dengan perincian paparan Retina baru. Ianya lebih 25% lebih ringan iaitu hanya  2.75 pound dan 13.3 inch.

Kali ini MacBook Air mempunyai papan kunci yang lebih responsif, menyinggirkan perincian yang tidak disukai oleh pemilik MacBook sebelum ini yang pernah dikenali pada dua tahun yang lalu iaitu ciri TouchBar, disertakan dengan perincian Touch ID bagi tujuan keselamatan.

Buat kali pertama, MacBook  dibuat daripada 100% aluminium kitar semula untuk membantu mengurangkan jejak karbon komputer sebanyak 50%.

Anda boleh mendapatkan MacBook Air generasi terbaru ini bermula dengan harga $1199 (RM5017.22).

Kedua-dua generasi bagi model iPad Pro dan MacBook Air sudah boleh  mula ditempah dan akan dilancarkan secara rasminya pada 7 November ini.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here