Jika anda merupakan seorang peminat bagi filem popular tahun ini iaitu ‘Crazy Rich Asians,’ anda pasti terkesima dengan kemewahan dan kecantikan latar belakang filem tersebut bukan?

Anda pasti tertanya-tanya di manakah agaknya lokasi penggambaran bagi filem hebat itu dan anda juga pasti mengimpikan untuk melawat dan bercuti di tempat penggambaran mereka  itu bukan?

Ini adalah senarai lokasi-lokasi  penggambaran bagi filem Crazy Rich Asians yang akan buat percutian anda seperti berada di set penggambaran mereka dan apa yang mengujakan ianya hanya di Malaysia sahaja!

#1. CARCOSA SERI NEGARA

Carcosa Seri Negara pada asalnya pernah menjadi tempat tinggalnya penduduk British pertama di Malaya iaitu Frank Swettenham sebelum ianya menjadi sebuah hotel mewah di ibu kota yang pada satu masa dahalu menjadi tempat penginapan Ratu Elizabeth II semasa berkunjung ke negara kita. Hotel ini bukan sahaja tempat penginapan mewah tetapinya juga merupakan antara salah satu sejarah yang diperlihara sehingga kini.

Jika anda ingat akan babak dalam filem itu, ia dijadikan sebagai rumah bagi Eleanor Young yang dilakonkan oleh Tan Sri Michelle Yeoh dalam filem yang dikatakan terletak di Singapura tetapi pada  ianya terletak di Malaysia.

 

#2. CHEONG FATT TZE MANSION, PULAU PINANG

Dikatakan bahawa babak popular antara Eleanor dan Rachel yang bermain mahjong itu dijalankan penggambaran di Pulau Pinang sahaja dan bukannya di London! Menarik bukan? Ia pernah dimiliki oleh seorang peniaga kaya Cina yang telah mengubah gaya dan reka dalaman rumah itu memenuhi citarasa beliau.

Babak tersebut sebenarnya dijalankan di sebuah hotel yang terletak di Pulau Pinang iaitu di Cheong Fatt Tze Mansion atau juga dikenali sebagai The Blue Mansion. Rumah biru ini juga turut dipaparkan pada trailer filem The Crazy Rich Asians.

#3. FOUR SEASONS, LANGKAWI

BACA JUGA :   Deepavali Pesta Cahaya yang Melawan Kejahatan

Dalam filem ini terdapat babak yang menunjukkan Araminta membawa kawan-kawan perempuannya ke sebuah resorts pulau persendirian milik ibunya di Bali bukan? Sebenarnya ianya juga bukan berasal dari negara lain seperti Bali tetapi penggambaran tersebut dilakukan di sebuah resorts mewah, Four Seasons Resort yang terletak hanya di Langkawi!

Anda kini boleh merasai sendiri pengalaman percutian seperti Araminta atau juga boleh merancang untuk melakukan sebuah ‘bachelorette party’ seperti dalam filem itu. Vila di Four Seasons Langkawi ini dilengkapi dengan bilik spa dan kolam renang peribadi yang pasti memberi privasi buat anda yang inginkan percuti ala Crazy Rich Asians tetapi masih mengekalkan privasi.

 

#4. PULAU RAWA, JOHOR

Jika anda menyimpan impian untuk bercuti ke Maldives, anda pasti akan terkesima dengan kecantikan pulau yang terletak di Johor ini mana tidaknya dengan kecantikan pulau tersebut serta air laut yang biru dan jernih pasti akan membuat anda berasa tenang seperti berada di pulau peranginan popular itu! Pulau Rawa ini hampir berumur setengah bilion tahun dan disahkan sebagai UNESCO Global Geopark, yang pertama di Asia Tenggara.

Pasti ramai yang tidak menyangka bahawa sudutan babak di mana Colin dan Nick berada di sebuah pulau itu merupakan pulau di Malaysia bukan? Jangan tidak tahu Pulau Rawa juga digelarkan sebagai Maldives Malaysia!

 

#5. EASTIN & ORIENTAL HOTEL, PULAU PINANG

Eastin & Oriental atau juga dikenali sebagai ‘E&O Hotel’ ini terletak di Pulau Mutiara dan jika anda perasan pada permulaan filem Crazy Rich Asians tersebut terdapatnya babak di mana Eleanor Yong dan anak-anaknya pergi ke sebuah hotel bukan? Inilah tempat yang menjadi pembukaan bagi filem itu!

Dibina oleh Sarkies Brothers pada tahun 1885, E & O Hotel gaya kolonial menawarkan sebuah pinggir laut peribadi, gaya elegan, mewah dan unsur-unsur zaman lampau. Anda pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk menghabiskan  malam anda di salah satu bangunan tertua dan paling indah di Pulau Pinang ini dengan ala-ala Crazy Rich Asians ini!

BACA JUGA :   Daftar Akaun Safer Untuk Nikmati Pelbagai Perkhidmatan Dan Peluang Jana Pendapatan Tambahan

 

#6. ST. REGIS, KUALA LUMPUR

Hotel mewah yang terletak di bandaraya ini akan memberikan anda pengalaman penginapan di bandar yang cukup mewah. Babak yang dilakonkan ketika watak Astrid Teo atau The Goddess memperkenalkan dirinya itu telah dilakonkan di sebuah bar di hotel mewah ini.

Sempena watak Astrid itu, St.Regis telah memperkenalkan minuman yang diberi nama sempena nama watak tersebut buat anda yang ingin merasai sendiri minuman yang diminum oleh orang kaya Crazy Rich Asians itu. Terdapat juga kemudahan lain termasuk kolam renang luaran, spa bergaya dan bilik tarian disediakan.

Jika selama ini anda menyangka bahawa tempat-tempat penggambaran filem ini dilakukan di luar negara, anda salah sama sekali kerana ianya di negara kita sahaja! Siapa kata anda tidak boleh bercuti ala-ala seperti Crazy Rich Asians? Gaya dan percutian mewah yang anda patut rasai sekali seumur hidup!

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

“Bertahun muka penuh jeragat. Asal stress je, mulalah jerawat nak naik dengan subur. Tapi lepas pakai Bio Action Miracle, segala macam jeragat dan jerawat hilang terus daripada muka ni…!!”

Bio Action Miracle, teman terbaik seorang wanita untuk menghilangkan jeragat dan jerawat di muka dan memastikan kulit muka sentiasa segar dan lembap.

Pilihan yang terbaik dan berkualiti daripada Jamu Ratu Malaya. Dapatkannya melalui pautan ini:

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp :

 https://www.wasap.my/60132002695 

https://www.wasap.my/60132882695

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here