Ingin bercuti dan lari dari segala masalah? Tidak kira bercuti di dalam negara atau luar. Anda semestinya perlukan tips ini. Persediaan rapi perlulah dibuat pada peringkat awal. Secara tidak langsung dapat menggelak sebarang masalah yang tidak diingini.

Inilah masanya untuk mengajak keluarga mahupun orang tersayang bercuti. Bila sebut sahaja cuti, pasti kita gambarkan pulau yang indah dan pelbagai lagi aktiviti menarik. Di sini terdapat beberapa tips yang perlu dilakukan sebelum melancong.

Pemilihan bagasi haruslah bersesuaian dengan tempoh percutian anda. Sumber Foto: Encik Shino

#1. RANCANG TARIKH BERCUTI

Bulan 12 sudah semestinya musim “raya” buat rakyat Malaysia. Memandangkan musim cuti sekolah anak-anak. Ibu bapa berpendapat inilah waktu yang sesuai. Tidak sama sekali! Penjaga seharusnya memilih tarikh cuti yang sesuai untuk menggelakkan kesesakan. Kesesakan dari segi bilik hotel penuh, kesesakan jalan raya dan juga tempat percutian yang penuh dengan orang ramai.

BACA JUGA :   “TIDAK SESUAI CUTI BERPERINGKAT”- KESATUAN GURU

 

Nikmatilah percutian tanpa risau jika ikuti semua tips di bawah. Sumber Foto: Pulau Rawa (Orca Scuba)

#2. DOKUMEN PERJALANAN

Sekiranya individu ingin melancong ke luar negara, pastikan semua dokumen penting ada sepanjang perjalanan. Lebih mudah sekiranya diasingkan di dalam satu beg khas. Jangan campur adukkan barang peribadi beserta dokumen.

Apstikan dokumen perjalanan anda disimpan di tempat yang selamat.

 

Antara dokumen penting termasuklah passport, visa, butiran insurans, tiket pengangkutan dan voucher hotel mahupunsebarang bukti tempahan. Pastikan tarikh luput passport tidak tamat pada hari percutian anda.

#3. BARANG PERIBADI

Sekiranya individu bercuti pada tempoh yang lama. Disarankan membawa baju mahupun baju jenis lain sebanyak mungkin. Ini untuk menggelakkan kekurangan baju. Sekiranya kita berada di kawasan perlancongan, sudah pasti harga jualan dua kali ganda lebih mahal. Seeloknya, rancang baju yang anda ingin pakai pada hari tersebut dan bawa lebihan baju dua atau tiga pasang.

BACA JUGA :   Kelebihan dan Keindahan Bandar Kursk, Rusia.
Pastikan tingkap dan pintu rumah sudah dikunci. Sumber foto; Radar Tarakan

#4.       KESELAMATAN RUMAH

Pastikan sebelum keluar dari rumah, anda simpan dulu dokumen di tempat yang selamat. Pastikan anda mematikan sebarang perkakas elektrik seperti television, peti ais, dan lampu utama dalam rumah.

Seeloknya, maklumkan pada jiran tetangga mengenai ketiadaan anda di rumah. Kes curi juga tidak kurang disiarkan di berita apabila tuan rumah tiada di rumah. Tidak kurang juga dengan kes rumah terbakar. Seeloknya, utamakan keselamatan.

Tidak kira sama ada kita ingin melancong ke dalam mahupun luar negara, keselamatan itu penting. Masa berkualiti bersama keluarga amat penting seiring dengan keselamatan.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here