Kredit – Berita Harian : Gambar menunjukkan bendera dikibarkan separuh tiang di sebuah permis Bomba.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan mengibarkan bendera Bomba, Jalur Gemilang dan bendera negeri di setiap perimis JBPM pada separuh tiang berikutan dengan kejadian menyayat hati yang telah membuat seluruh rakyat Malaysia bersedih atas kehilangan enam wira anggota Bomba yang telah meninggal dunia ketika usaha mencari dan menyelamat (SAR)seorang remaja yang telah jatuh ke dalam lombong di kolam lombong, Taman Putra Perdana, Puchong pada Rabu lalu.

Kredit – Sinar Harian : Petikan yang dikeluarkan oleh JPBM menerusi akaun Twitter mereka.

JBPM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini memberitahu bahawa pengibaran bendera separuh tiang di setiap perimis JBPM merupakan tanda hormat dan penghargaan buat keenam anggota Bomba yang telah terkorban ekoran usaha mencari dan menyelamat.

JBPM dalam kenyataan yang dikeluarkan turut menzahirkan kesedihan yang menimpa enam anggotanya yang telah lemas dalam usaha penyelamatan

“JBPM merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menyampaikan ucapan takziah dan menghargai pengorbanan wira-wira merah ini.”

“Keprihatinan dan sokongan yang ditunjukkan amat dihargai dan dikagumi. Ia memperkuatkan lagi semangat anggota bomba untuk terus memberi khidmat dan sumbang bakti dengan sepenuh jiwa kepada rakyat.”

“Bersama-sama kita doakan semoga wira-wira merah yang gugur semasa menunaikan tanggungjawab ini dicucuri roh dan ditempatkan bersama orang-orang beriman,” menurut kenyataan yang telah dikeluarkan oleh JBPM tadi.

JBPM turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih buat pihak yang telah membantu bantuan serta kerjasama dalam urusan pengurusan dan penghantaran jenazah-jenazah enam anggota Bomba terbabit.

Dalam pada itu, JBPM akan memastikan bahawa kebajikan waris-waris enam wira ini akan dijaga dengan baik mengikut apa yang telah ditetapkan dalam perkhidmatan awam dan jabatan.

Enam anggota Bomba meninggal dunia akibat lemas disebabkan oleh arus deras yang datang secara tiba-tiba kelmarin.

Kelmarin, enam orang anggota Bomba telah terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat seorang remaja yang telah hilang dan lemas di sebuah lombong namun nasib tidak menyebelahi keenam orang anggota ini apabila turut lemas semasa operasi terbabit disebabkan oleh arus deras yang datang secara tiba-tiba lalu menyebabkan kesemua mangsa terbelit dengan tali yang dipasang  dan dipercayai menjadi punca peralatan menyelam dipakai tertanggal sebelum disahkan meninggal dunia.

Pengibaran bendera separuh tiang ini akan dilakukan selama tiga hari berturut-turut bermula hari ini sehingga Ahad.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here