Datin Seri Rosmah telah menerima notis yang dikeluarkan oleh pihak polis semalam supaya tampil untuk memberikan keterangan kepada pihak polis pada minggu hadapan berhubung kes yang melibatkan beliau.

Notis yang dikeluarkan oleh polis meminta Datin Seri Rosmah supaya hadir bertemu polis unit anti-Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla).

Difahamkan notis yang telah diterimanya semalam itu tidak menyatakan secara spesifiknya mengapa Datin Seri Rosmah dipanggil bertemu pihak polis selain daripada untuk membantu pihak polis melakukan siasatan di bawah Amla.

Penguam yang mewakili Datin Seri Rosmah Mansor bagaimana pun yakin bahawa notis yang dikeluarkan oleh polis itu tiada kiatannya dengan barang rampasan, terutamanya barang kemas kepunyaan anak guamnya.

“Tapi kami percaya ia ada kaitan dengan barang rampasan, terutamanya barang kemas,” kata peguam itu.

BACA JUGA :   Pasangan kekasih bakal dihukum gantung, bina rumah atas laut
Kredit kepada : theedgemarkets.com

Bagaimana pun, menurut sumber dari polis sebelum ini mengatakan bahawa tujuan mengapa Datin Seri Rosmah dipanggil ialah untuk memberikan keterangan berkenaan siasatan ke atas barang kemas tersebut pada Jumaat ini namun bagaimana pun, peguam yang mewakili Rosmah memohon supaya tarikhnya ditukar dengan alasan yang tidak dinyatakan sebabnya.

Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh sebelum ini telah menegaskan bahawa pihak polis telah merampas ratusan barang kemas milik Rosmah dikediamannya bagi proses siasatan ke atas kes 1MDB ketika aktiviti penggeledahan dilakukan selepas Pilihan Raya Umum (PRU-14) yang lepas.

Polis telah merampas barang kemas yang keseluruhannya bernilai RM440 juta yang membawa kepada rampasan 2,200 cincin, 2,800 anting-anting, 1,400 rantai, 2,100 gelang serta 14 tiara.

Selain daripada rampasan barang kemas, pihak polis turut merampas barangan mewah milik Rosmah yang lain termasuklah 423 jam tangan dan 234 cermin mata yang masing-masing bernilai RM79 juta dan RM374,000 serta rampasan 567 beg tangan berjenama yang bernilai RM51.3 juta.

BACA JUGA :   Polis Akhirnya Dedahkan Kandungan Peti Besi Rahsia Milik Najib

Datin Seri Rosmah disahkan akan memberikan keterangan kepada pihak polis pada 25 Okt nanti di Menara KPJ, Jalan Tun Razak di Kuala Lumpur.

Pada 4 Okt lalu, Datin Seri Rosmah telah tampil ke pejabat SPRM Putrajaya bagi memberi keterangan untuk kali ketiganya dan telah ditahan di lokap SPRM pada hari yang sama ketika beliau sedang memberikan keterangan. Datin Seri Rosmah bagaimana pun dibebaskan dengan ikat jamin.

 

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here