Mohd. Fitri Haimin dan Mohd Helmi Muhammad telah disahkan meninggal dunia di dalam kereta Perodua Myvi. Kejadian berlaku di Jalan Kilometer 80, Jalan Sandakan- Lahad Datu hari ini.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superitendan A. Sahak Rahmat berkata, maklumat daripada orang awam mendapati terdapat dua lelaki seperti sedang tidur di dalam sebuah kereta dengan enjin yang masih hidup.

Pihak Bomba dalam usaha megeluarkan mangsa. Sumber: siakapkelisa.com

Kedua-dua mangsa berusia 19 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian. Punca kejadian dipercayai kerana terhidu gas carbon monoksida. Mangsa akan dibawa ke hospital untuk bedah siasat bagi ketahui lebih lanjut mengenai punca kematian.

Kes juga telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Salah seorang penduduk di situ mula mengesyaki kedua-dua mereka telah meninggal dunia. Berikutan penduduk itu telah mengetuk cermin depan kereta namun tiada tindak balas.

BACA JUGA :   Muhammad Adib Dikebumikan Selepas Zuhur

Sejurus kemudian, pihak bomba berusaha tiba tidak lama kemudian. Pihak mereka cuba untuk membuka kunci kereta namun memakan masa. Selepas beberapa percubaan, pintu kereta berjaya dibuka.

Pihak bomba telah berjaya mengeluarkan kedua-dua mangsa. Melalui kedudukan, seorang mangsa berada di tempat duduk pemandu manakala seorang lagi di kerusi penumpang bahagian hadapan.

Lokasi mangsa meninggal dunia. Sumber: siakapkelisa.com

Sebagai individu, kita perlulah waspada dengan apa juga perkara terutamanya melibatkan nyawa seseorang. Isu nyawa ini sudah tentu tiada galang gantinya. Kejadian seperti ini jarang terjadi namun begitu perlu sentiasa beringat antara satu sama lain.

Patuhilah tatacara yang betul jika ingin tidur di dalam kereta. Jika ingin tidur di dalam kereta penghawa dingin, buka sedikit tingkap.

BACA JUGA :   Rakyat Gembira Tentang Pembayaran Royalti Minyak Terus Ke Kerajaan Negeri

Ini salah satu cara lain untuk menggelakkan terlalu banyak gas karbon monoksida di dalam ruangan kereta. Terdapat banyak lagi cara lain bergantung kepada individu. Paling penting, utamakan keselamatan dan ingatlah orang tersayang.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here