Pasukan Penyelamat Dalam Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dilaporkan lemas dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) terhadap seorang remaja berusia 17 tahun semalam.
Operasi dijalankan selepas mendapat berita mengenai remaja 17 tahun yang tergelincir dan terjatuh ke dalam lombong tersebut. Mangsa pada ketika itu sedang memancing bersama dua lagi rakannya.
Menurut Komander Operasi JBPM dari Balai Bomba Cyberjaya, Roslan Long menyatakan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5:19 petang dan telah mengarahkan lapan pegawai dan anggota ke lokasi kejadian. Bantuan berjaya disalurkan selepas anggota Bomba tiba di lokasi kejadian selepas 30 minit.
Menurut jurucakap Bomba Selangor, mangsa bagaimanapun masih belum ditemui dan enam anggotanya dilaporkan lemas itu berjaya dinaikkan ke atas dan pasukan perubatan yang berada di lokasi kejadian memberikan bantuan pernafasan (CPR), namun kesemua mangsa dilaporkan meninggal dunia.
Keenam-enam mereka merupakan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang dan BBP Shah Alam. Empat anggota BBP Pelabuhan Klang adalah Mohd Fatah Hashim, 34, Izatul Akma Wan Ibrahim, 32, Mazlan Omarbaki, 25 dan Yahya Ali, 24. Sementara dua lagi anggota dari BBP Shah Alam iaitu Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifzul Malik Shaari, 25.
Kesemua mangsa telah berjaya dijumpai dan dibawa pulang ke kampung halaman masing-masing. Semoga roh kesemua Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Ameen