Satu persatu berita mengenai filem Avengers 4 telah dikeluarkan dan ada juga yang dibocorkan sendiri oleh barisan pelakon-pelakon Avengers 4 yang dilihat tidak sabar-sabar untuk menunggu tayangan rasmi Avengers 4 tahun hadapan sehinggakan tidak dapat menahan lagi mulut mereka daripada berkata apa-apa mengenai filem adiwira kegemaran ramai oleh Marvel itu.

Pelakon bagi filem Captain America iaitu Frank Grillo juga telah ‘membocorkan’ sebuah lagi rahsia mengenai filem Avengers 4 ketika berada dalam temu bual bersama Jim Norton semasa rakaman UFC Unfiltered Podcast. Frank Grillo memberitahu semasa temu bual itu bahawa akan ada kemunculan khas oleh watak MCU yang telah mati di Avengers 4 nanti!

Frank mendedahkan bahawa watak yang akan membuat kemunculan itu adalah watak Crossbone yang telah mati dibunuh ketika permulaan bagi filem ‘Captain America : Civil War.’ Walaupun barisan-barisan pelakon lain yang terikat dengan kontrak bersama MCU tidak berani untuk mendedahkan rahsia tentang filem mereka, namun tidak buat Mark Rufallo dan Tom Holland. Sekarang Frank turut mengikut jejak pelakon-pelakon itu untuk mendedahkan butiran Avengers 4.

BACA JUGA :   Karakter Captain America Bakal Ditamatkan Selepas Sekuel Avengers 4 ?

Ditanya mengapa beliau berani mendedahkan berkenaan rahsia filem terbitan MCU itu, Frank berkata bahawa beliau tidak akan melakonkan apa-apa watak bersama Marvel lagi sebaik selepas Avengers 4 ini dan sebab itulah beliau tidak berasa bimbang untuk mendedahkan rahsia Marvel.

Bagaimana pun, Frank berkata bahawa kemunculan Crossbone dalam filem Avengers 4 nanti hanyalah untuk babak ‘flashback’ sahaja.

“Crossbones akan membuat penampilan dalam filem Avengers seterusnya, tetapi ia adalah kilas balik dan saya dibenarkan untuk mengatakan apa sahaja yang saya mahu kerana saya tidak pernah melakukan filem Marvel lain … kerana saya berusia 117 tahun,” katanya.

Walaupun kehadiran watak Crossbone hanyalah sebagai babak flashback, namun ianya merupakan antara berita sah yang telah diberitahu sendiri oleh pelakon Avengers 4.

BACA JUGA :   PENCIPTA WATAK ADIWIRA MARVEL MENINGGAL DUNIA

Selain daripada watak Crossbone, watak lain seperti Quicksilver yang telah terbunuh dalam pertempuran dalam Avengers : Age of Ultron turut dikhabarkan akan bersama sama adiwira Avengers yang lain dalam Avengers 4 nanti. Berita mengenai Quicksilver ini tersebar selepas dikatakan pelakon bagi watak itu, Aaron Taylor-Johnson berada di set penggambaran filem Avengers 4.

Aaron bagaimana pun tidaklah seberani Mark Ruuffalo, Tom Holland dan Frank Grillo untuk memecah rahsia filem Marvel itu kerana Aaron ketika ditanya mengenai kemunculannya, beliau tidak mahu mengulas lanjut tentangnya dan beliau juga tidak menafikan sebarang kemungkinan berkenaan kemunculannya boleh berlaku.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here