Hukuman mandatori gantung sampai mati yang pernah disuarakan sebelum ini mendapat tentangan sesetengah pihak. Ini pernah disuarakan pihak berkuasa beberapa hari lepas. Perkara ini dibuat selepas mengambil kira hak asasi manusia sedunia yang menindas hukuman gantung sampai mati bagi pesalah. Namun begitu, hukuman mandatori ini wajar dilakukan di Malaysia selepas mengambil kira beberapa faktor.

Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Fareed Mohd Hassan berkata, Malaysia masih lagi perlu bergantung kepada hukuman mati mandatori yang mana ia sebagai satu langkah untuk membendung jenayah berat seperti kes dadah dan bunuh serta senjata api. Hukuman mandatori wajar dilakukan di Malaysia memandangkan jenayah berat masih berleluasa. Sindiket yang makin berkuasa memerlukan hukuman yang setimpal dengan jenayah yang mereka lakukan.

Pihak mahkhamah mempunyai hak untuk menjatuhkan hukuman mati. Sumber foto: Malaysiakini

Beliau juga mengulas bahawa hukuman mandatori masih perlu dilakukan dan terus dikuatkuasakan sebagai langkah mengawal kes jenayah berat. Hukuman mandatori gantung sampai mati bertujuan untuk memberi hukuman atas kesalahan tertuduh. Secara tidak langsung memberi pengajaran kepada penduduk tempatan dan negara jiran. Ini membuktikan Malaysia jelas sekali tidak menyokong segala jenayah berat.

Hukuman mandatori ini secara tidak langsung memberi pengajaran kepada masyarakat. Sumber foto: Berita Harian

Beliau juga turut mengulas pihak yang bertanggungjawab agar tidak sewenang-wenangnya memansuhkan hukuman ini. Hukuman mandatori ini masih lagi relevan di Malaysia. Fareed juga mengulas, kerajaan perlu menelan kos tinggi kepada pesalah jika hukuman digantikan kepada penjara seumur hidup. Fareed mengulas demikian selepas kerajaan terpaksa menanggung hutang negara yang tinggi.

Mahkhamah Malaysia juga mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman terhapad pesalah dan bukan bersikap “membunuh” pesalah. Pesalah yang dikenakan hukuman mandatori masih lagi mengemukakan rayuan sebelum dijatuhi hukuman mati.

Pastikan anda layari Deenamik.com untuk berita seterusnya. Layari juga sosial media Deenamik dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here