Malaysia sebelum ini telah dikejutkan melibatkan pembunuhan kejam Altantuya Shariibuu. Kes berprofil tinggi telah berlaku pada 2006 di mana mangsa dilaporkan ditembak di bahagian kepala sebelum badannya diletupkan dengan bom C4. Kejadian berlaku di Puncak Alam. Menurut tempoh, kes ini sudah berusia 12 tahun. Namun begitu, tindakan pihak polis masih lagi menemui tanda tanya.

Datuk Seri Najib dan isteri berkemungkinan akan dipanggil semula berhubung pembunuhan kejam ini. Sumber foto: The Malaysian Times

Terbaru, Kementerian Dalam Negeri berkemungkinan akan memanggil ahli perniagaan J. Deepak berhubung kes pembunuhan Altantuya. Sebelum ini, J Deepak telah membuat kenyataan bahawa Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor turut telibat dalam pembunuhan ini. Kenyataan ini telah dinyatakan Deepak dalam keadaan waras melalui satu wawancara.

BACA JUGA :   Ini Sebab Kenapa PDRM Dan Jabatan Imigresen Dirombak
J. Deepak telah mengeluarkan kenyataan berhubung kes Altantuya secara langsung. Sumber foto: FMT

Menurut laporan Sinar Harian, Ramkarpal yang mewakili keluarga Altantuya dalam tindakan sivil mereka di Mahkamah Tinggi Shah Alam yang akan dibicarakan Januari tahun depan berkata Rosmah sepatutnya membuat laporan polis sekiranya apa yang didedahkan Deepak dalam wawancara berkenaan adalah fitnah. Pendedahan ini juga boleh dijadikan bukti bagi mendakwa Datuk Seri Najib serta isteri.

Kes Altantuya perlu diberi keadilan dan bukan bersifat berat sebelah. Sumber foto: Free Malaysian Today

Sebelum ini, kes berkenaan selepas dibicarakan mendapati dua pegawai polis yang menjadi pengawal pengiring Najib yang juga merupakan perdana menteri ketika itu didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati. Menjadi sangsi apabila motif pembunuhan kejam masih lagi dalam keraguan. Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here