Jabatan Imigresen telah memperkenalkan reka bentuk Pas Malaysia dan Visa Malaysia yang baharu semalam. Ini adalah salah satu usaha baru yang diperkenalkan oleh Jabatan Imigresen bagi megukuhkan lagi pertahanan Malaysia. Visa merupakan dokumen kenaran awal yang disahkan dalam pasport warga asing untuk memasuki Malaysia.

Seperti kita sedia maklum, lambakan pendatang asing tanpa dokumen perjalanan yang sah merungsingkan penduduk tempatan. Pihak Imigresen dan Polis sebelum ini turut bekerjasama dalam membanteras isu pendatang asing.

Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali dilihat semasa perasmian visa dan pas Malaysia yang baharu. Sumber: Utusan Malaysia.

Dokumen ini telah dikeluarkan bagi warga asing yang ingin memasuki Malaysia bagi tujuan yang tertentu. Ini bergantung sama ada tujuan lawatan atau mahu bekerja di Malaysia dalam tempoh yang tertentu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, kedua-dua dokumen itu mempunyai reka bentuk latar belakang dan nombor siri keselamatan dengan cetakan pelangi. Ini dapat menyukarkan pihak yang tertentu untuk membuat salinan tanpa secara tidak sah.

BACA JUGA :   TIPS KESELAMATAN KETIKA MEMANDU KENDERAAN KETIKA MUSIM HUJAN

“Kelainan terbaharu ini merupakan penambahan dilakukan Jabatan Imigresen bagi meningkatkan soal keselamatan dan kedaulatan negara tanpa kompromi,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Reka Bentuk Pas dan Visa Malaysia yang baharu di sini hari ini.

Datuk Seri Mustafar Ali. Sumber; thesundaily.my

Visa Malaysia merupakan kebenaran awal disahkan dalam pasport warga asing untuk memasuki Malaysia manakala Pas Malaysia pula dikeluarkan mereka yang menetap sementara dalam tempoh ditetapkan bagi tujuan tertentu.

Pasport Malaysia. Sumber: thesundaily.my

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlulah bersyukur dalam usaha pihak Imigresen memperkenalkan visa baharu. Jabatan Inigresen sentiasa telus dalam memastikan sosial rakyat tempatan sentiasa terjamin.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

BACA JUGA :   Berwaspada di Tempat Awam! Ini Tips Yang Anda Boleh Ikuti

“Bertahun muka penuh jeragat. Asal stress je, mulalah jerawat nak naik dengan subur. Tapi lepas pakai Bio Action Miracle, segala macam jeragat dan jerawat hilang terus daripada muka ni…!!”

Bio Action Miracle, teman terbaik seorang wanita untuk menghilangkan jeragat dan jerawat di muka dan memastikan kulit muka sentiasa segar dan lembap.

Pilihan yang terbaik dan berkualiti daripada Jamu Ratu Malaya. Dapatkannya melalui pautan ini:

Facebook : Stokis JRM Johor

Instagram : @jamuratumalaya_johor

WhatsApp :

 https://www.wasap.my/60132002695 

https://www.wasap.my/60132882695

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here