Kejadian berlaku di Johor Bahru melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia satu tahun empat bulan. Mangsa meninggal kerana penjaga enggan membenarkan anak mereka menerima suntikan imunisasi.
Perkara ini sejurusnya menyebabkan anak kecil itu menerima akibatnya. Kanak-kanak perempuan yang tidak didedahkan namanya meninggal pada Isnin minggu ini. Pesakit meninggal kerana jangkitan difteria.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan berkata kanak-kanak itu tidak pernah menerima sebarang imunisasi difteria kerana keluarganya enggan menerima imunisasi.
Kanak-kanak tersebut mula menunjukkan tanda-tanda awal demam dan sakit tekak pada 4 Oktober lalu. Ibu mangsa mengambil tindakan awal dengan membawa kanak-kanak itu ke klinik swasta yang berdekatan pada 11 Oktober.
Pada 5 Oktober, pesakit kemudiannya telah dimasukkan ke unit rawatan kecemasan susulan sesak nafas dan hilang selera makan. Pesakit dimasukkan ke bahagian unit rawatan rapi pedriatik pada 13 Oktober kerana keadaan pesakit semakin susut serta memerlukan alat bantuan pernafasan. Pesakit akhirnya meninggal dunia pada 15 Oktober kerana mengalami difteria yang teruk dan multiorgan, ulas KKM.
Ujian daripada pihak hospital telah mendapati mangsa telah dijangkiti bakteria yang menyebabkan sakit tekak dan segala komplikasi yang menyebabkan kematian. Orang ramai disarankan membawa anak mereka menerima suntikan imunisasi.
Imunisasi mampu mencegah sebarang jangkitan pada peringkat awal. Pendidikan kesihatan kepada ibu bapa mengenai kepentingan suntikan imunisasi sangatlah penting. Orang awam juga diminta agar terus berwaspada dan mengekalkan kebersihan.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.