Kulit wajah anda asyik kusam, berminyak, badan anda tidak menepati badan ideal yang diinginkan. Di zaman moden yang penuh dengan makanan “segera” telah menyebabkan kita merokkan badan sendiri. ingin bersua dengan orang ramai juga malu kerana badan tidak semegah dan muka ibarat “mayat hidup”. Jangan bersedih dengan perkara ini kerana setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Berikut merupakan cara yang perlu diamalkan untuk kekal sihat dan jangka umur yang panjang.

#1. FAHAMI PYRAMID MAKANAN

Pemakanan yang sihat juga mempengaruhi kesihatan kita. Sumber: radio antarabangsa cina

Sejak dari sekolah peringkat rendah hingga menengah, pelajar akan didik melalui cara pemakanan yang sihat melalui pyramid makanan. Jadi, apabila meningkat dewasa bukan alasan bagi kita untuk lari dari mengamalkan cara pemakanan ini. Walaupun hakikatnya agak “pahit” kerana perlu memakan makanan mengikut kuantiti yang sepatutnya agar tidak terkurang begitu juga tidak terlebih. Pengambilan protein tidak perlu berlebihan kerana akan menyebabkan penyakit atau sakit lain yang datang dikemudian hari.

#2. SENTIASA MENJAGA KEBERSIHAN

Apa kata masuk ke bilik anda dan lihat sekeliling. Jika rasa bilik itu agak “sesak” untuk bernafas, kemungkinan besar anda perlu kemas bilik anda. mejaga kebersihan ini sebenarnya sangat penting dalam usaha untuk mengurangkan bakteria. Sangkut dan lipat baju dengan kemas. Kerap tukar kain cadar dan selimut sebenarnya juga dapat megurangkan pembiakan bakteria. Pastikan untuk menggantung tuala mahupun kain yang masih lembab.

#3. BERSENAM

Amalkan gaya hidup sihat dengan pergi ke gym. Sumber: prohafiz.

 

Keluar kerja pada awal pagi dan pulang pada lewat malam. Begitulah rutin seharian sehingga tiada masa untuk diri sendiri. belumlagi dikaitkan dengan pekerja atau individu yang kerja lebih masa pada sabtu dana had. Ini boleh menyebabkan hormon tidak stabil secara tidak langsung menggangu emosi. Bersenam sebenarnya dapat menambah adrenalin dan memberikan tenaga badan dan menambah kandungan oksigen dalam badan. Kajian juga menunjukkan, individu yang bersenam pada waktu pagi akan lebih lena pada waktu malam.

Tidak dapat dinafikan bahawa aktiviti ini memerlukan pengorbanan dari segi kos dan juga masa. Seperti kita sedia maklum, bukan senang ingin cantik dan sihat. Seperti matlamat orang lain, “pain is beauty” bukan sesuatu yang mudah tapi tidak mustahil.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here