“Susah ke nak sambung belajar dekat luar negara ni?”

Pasti soalan ini pernah terlintas dalam fikiran anda bukan? Yelah mana tidaknya, bukan semua orang dapat peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara ni. Dengan yuran pengajian yang mahal, persiapan ke negara orang yang leceh, faktor kewangan dan gaya hidup di negara orang yang kita tidak tahu pastinya membuat anda bertindak untuk melupakan niat dan impian anda untuk ke luar negara kan?

Belajar ke luar negara bukanlah yang susah seperti yang anda sangkakan selama ini kerana sekarang telah banyak peluang yang telag diberikan untuk pelajar-pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringat tinggi di luar negara dan lebih-lebih lagi buat mereka yang cemerlang dalam pelajaran.

Jika anda masih berfikir untuk meneruskan pengajian di luar negara atau tidak dek kerana memikirkan kesusahan yang anda bakal tempuhi sebelum melanjutkan pelajaran ke negara idaman anda, kami mempunyai beberapa pencerahan yang boleh menukar persepsi anda mengenai kesukaran ingin menyambung pelajaran ke luar negara!

CARA- CARA UNTUK MENYAMBUNG  PELAJARAN KE LUAR NEGARA

#1. CARI UNIVERSITI DAN BIDANG YANG ANDA MINAT

Pastikan anda membuat sedikit kajian atau research tentang universiti-universiti yang terdapat di luar negara sama ada ianya mempunyai bidang yang anda minati atau pun tidak. Ambil kira faktor-faktor seperti kos hidup di negara berkenaan, yuran pengajian, kemudahan yang berada berhampiran dengan kampus, kemudahan asrama atau rumah sewa. Faktor-faktor seperti ini sangat penting untuk diambil kira kerana anda harus ingat, anda akan hidup berdikari di sana!

BACA JUGA :   Tak Tahu Nak Sambung Belajar Dekat Mana? Daulah Educonsult Akan Bantu Anda

 

#2. SEDIAKAN DOKUMEN PENTING

Selepas mengambil kira faktor-faktor yang telah dinyatakan tadi dan juga universiti yang menjadi pilihan di hati, sekarang tiba masanya untuk anda bersiap sedia dengan dokumen-dokumen anda kerana inilah yang akan menentukan kemasukan anda ke universiti berprestij pilihan anda itu.

Beberapa jenis dokumen diperlukan semasa anda mendaftarkan diri di laman web universiti yang anda pilih nanti dan antaranya seperti visa, sijil SPM, transkrip dan sijil diploma, IELTS dan dua surat rujukan jika anda sudah bekerja.

 

#3. CARI ‘EDUCATION AGENT’ YANG BOLEH DIPERCAYAI!

Untuk membantu memudahkan lagi urusan kemasukkan anda ke universiti di luar negara, anda dinasihatkan supaya mencari dan menggunakan khidmat agensi pendidikan ini. Agensi pendidikan ini akan membantu anda menguruskan kemasukan anda sebelum sehinggalah anda tamat pengajian nanti.

Pastikan anda membuat rujukan mengenai agensi pendidikan yang ada di negara kita bagi mengelakkan anda ditipu atau khidmat yang diberikan kepada anda tidak memuaskan hati kerana kelewatan agensi pendidikan anda membayarkan yuran ke pihak universiti nanti.

Jika anda mencari agensi pendidikan yang boleh dipercayai, kami mempunyai cadangan buat anda yang pasti akan berpuas hati dengan perkhidmatan yang akan diberikan!

BACA JUGA :   Ikuti Pengajian di Universiti Bangladesh untuk Tahun 2021 !

Daulah EduConsult Sdn.Bhd merupakan agensi pendidikan yang anda boleh percayai seratus peratus untuk membantu menguruskan pendidikan anda di luar negara nanti. Daulah EduConsult turut menyediakan khidmat konsultasi percuma buat anda yang memerlukan konsultasi atau pencerahan untuk menyambung pelajaran ke luar negara.

Daulah EduConsult menawarkan kepada anda hanya universiti-universiti yang terbaik dan terkenal di negara universiti tersebut dengan yuran pengajian yang berpatutan! Bukan itu sahaja, jika anda memilih untuk menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Daulah EduConsult dijamin sebelah kaki anda telah pun berada di universiti tersebut kerana seratus peratus tempat pengajian itu akan menjadi milik anda!

Jadi apa lagi yang anda tunggu? Pilihlah Daulah EduConsult sebagai agensi pendidikan anda untuk membantu merealisasikan impian anda ke menara gading itu tercapai!

SENANG KAN CARA UNTUK MENYAMBUNG PELAJARAN KE LUAR NEGARA DENGAN DAULAH EDUCONSULT SDN. BHD?

Daulah EduConsult Sdn.Bhd merupakan agensi pengurusan pembelajaran pelajar-pelajar ke luar negara yang berpengalaman dan dipercayai. Jika anda berminat untuk melanjutkan pengajian ke negara luar dalam bidang perubatan, anda boleh mengisi borang Google Form ini (https://goo.gl/z3FNon) dan anda akan dihubungi oleh para konsultan Daulah Educonsult yang berpengalaman.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here