Jabatan Muzium Malaysia (JMM) telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pembatalan serta merta program sesi bertemu peminat. Program ini di mana bakal disertai ikon pasangan songsang dari Thailand.

Mereka lebih mesra di sapa sebagai Krist dan Singto. Perjumpaan bersama peminat dan pelakon utama drama yang bertemakan homeseksual. Isu pembatalan ini telah mengambil kira atas faktor keselamatan artis, pihak pengurusan serta peminat tempatan dan juga antarabangsa.

Poster yang tular di media sosial. Sumber foto: lobakmerah.com

Syarikat Maher Seni Sdn Bhd merupakan syarikat yang menguruskan ‘Kissing Krist & Singto 1st Fan Meeting in Malaysia’. Isu kedatangan mereka ke Malaysia telah mendapat perhatian orang ramai termasuk pihak berkuasa dan kerajaan.

Isu homeseksual terlalu sensitif untuk disebut di Malaysia. Budaya yang diamalkan di Malaysia jelas sekali bercanggah dengan budaya yang di bawa dari negara gajah putih ini. Ia secara tidak langsung menyentuh isu sensitiviti rakyat Malaysia di mana majoriti terdiri daripada penganut Islam.

BACA JUGA :   Dahulunya Dicaci, Kini Lelaki Ini Jadi Pujaan Setelah Muka Berubah Menjadi Artis K-Pop
Singto bersama pasangannya, Krist. Sumber foto: thaigayinspired.com

Bayaran yang dikenakan kepada peminat beharga RM500 dan RM 700. Susulan pembatalan ini, tiada pemulangan wang tiket akan diberikan. Ini berlaku selepas mengambil kira isu pembatalan yang dikeluarkan pihak berkuasa serta merta.

JMM juga mengulas bahawa pihak penganjur tidak menyatakan nama artis yang bakal bertemu bersama peminat mereka. Syarikat Maher Seni mengulas bahawa program ini hanyalah bertujuan untuk memperkenalkan Malaysia kepada artis Thailand. Perjumpaan Kris dan Singto mula menjadi bualan hangat apabila poster rasmi mula tular di media sosial.

Singto, pelakon Thailand. Sumber foto: thaigayinspired.com

Program seperti ini sepatutnya tidak dilaksanakan di Malaysia. Sekiranya program ini dilakukan di Malaysia, ia bakal membawa pengaruh yang negatif kepada rakyat. Sedia maklum bahawa perbuatan songsang ini memudaratkan kesihatan.

BACA JUGA :   MALAYSIA BERTEMU THAILAND DI PIALA AFF 2018

Ini bukanlah contoh yang baik untuk dijadikan teladan pada masa hadapan. Pihak berkuasa perlulah membanteras segala program yang bertentangan dengan budaya. Janganlah pula harapkan pagar, pagar makan padi.

Pastikan anda layari Deenamik.com untuk berita seterusnya. Layari juga sosial media Deenamik dan like FB Page Deenamik.

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here