Jika pada awal tahun lalu Nike telah melancarkan koleksi terhad pertama kolabrasinya bersama dengan pencipta pemainan konsol popular, PlayStation edisi ‘Nike x PlayStation PG2,’ kali ini Nike sekali lagi akan melancarkan dua lagi rekaan bagi kolabrasi mereka itu sebelum penghujung tahun 2018 ini!
Nike dikatakan akan melancarkan edisi ketiga kolabrasi bersama PlayStation yang masih tidak diketahui rekaannya dan tiada sebarang gambar rasmi dari Nike. Namun bagaimana pun, terdapat sebuah sumber yang telah mendedahkan rekaan kasut ketiga kolabrasi Nike x PlayStation itu di laman Instagram miliknya.
Dalam gambar yang dimuat naik itu, lelaki tersebut telah mendedahkan rekaan penuh serta warna bagi edisi terhad PG 2.5 itu. Kasut edisi terhad PG 2.5 itu mempunyai perincian warna putih, kelabu dan sedikit warna warni di bahagian kasut itu.
Kasut ketiga, PG 2.5 ini telah memusingkan bahagian atas PG2 dengan tali tengah berputar tambahan yang dipinjam dari PG1. Kasut keluaran kali ini juga terdapat perincian logo dan nama ‘PlayStation x Paul George’ di bahagian lidah kasut manakala di bahagian belakang kasut terdapat nama ‘Paul George.’
Difahamkan koleksi terbaharu edisi terhad ini akan dilancarkan pada bulan Oktober atau November tahun ini namun ada juga sumber yang mengatakan bahawa koleksi terhad ini akan dilancarkan pada 7 Disember nanti. Pastikan anda sentiasa mendapat ‘update’ rasmi dan terbaru oleh Nike kerana kemungkinan kasut ini juga akan dijual dengan cepat seperti koleksi ‘Nike x PlayStation’ yang sebelum ini.
Masih tidak diketahui nilai harga kasut edisi kali ini. Edisi PG2 PS4 yang telah dilancarkan pada bulan Februari lalu dengan berharga RM439 sepasang yang dijual di laman web rasmi Nike Malaysia.
‘Nike x PlayStation’ versi Paul George ‘PG2 Signature Model’ ini diambil inspirasi daripada rasa cinta Paul George terhadap permainan video.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.